Kempen Semasa

Kempen Semasa

20 Mei 2010

Pesanan Penaja

Salam,

Unta pun kadang-kadang letih juga dok berjalan jauh-jauh, bercerita pasal unta, ini ada suatu kisah dari hadis yang aku nak kongsikan bersama korang. Duduk diam-diam, baca sampai habis, lembutkan hati tu sikit. Jangan dok alpa sangat ngan dunia ni. Ayuh.

 Diceritakan daripada Simak,
"Suatu hari Nu'man bin Basyir menyampaikan khutbah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
' Sesungguhnya Allah sangat gembira menerima taubat hamba-Nya tatkala ia bertaubat, melebihi dari kegembiraan sesorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dia tunggangi itu lari meninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tunggangan tersebut terdapat makanan dan minuman miliknya. Kemudian ia berputus asa untuk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu.

Lalu ia berteduh di bawah pohon sambil berbaring kerana ia benar-benar putus asa untuk berjumpa kembali dengan haiwan itu. Tiba-tiba sahaja ia tertidur.
Kemudian ketika ia bangun daripada tidurnya, ia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki. Namun dia tidak menjumpainya. Kemudian ia berjalan lagi namun gagal menemuinya. Lalu dia mencarinya untuk kali ketiga tetapi masih gagal.

Tiba-tiba sahaja apabila ia sampai di tempat asal ia tertidur sebelum itu, di luar dugaan lelaki tersebut, tatkala ia duduktermenung, tiba-tiba haiwan yang dicarinya itu muncul lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian ia segera memegang tali tambatannya.

Dan sesungguhnya Allah s.w.t. jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya di padang pasir.'" (riwayat al-Bukhari & Muslim)

Begitulah sedikit renungan untuk kita yang sentiasa berdosa ini, semoga sama-sama beroleh manfaat dari kisah ini.
Kisah ini pun aku cilok dari buku Ustaz Zahazan Mohamed, '101 kisah dan pengajaran daripada al-Quran, al-hadis & hayatus Sahabah' terbitan Telaga Biru.

Dari baca buku ntahapehape tu ada baik jugak korang dapatkan buku ini dan jadikan ianya sebagai bedtime stories korang.

6 ulasan:

sab berkata...

haih..
dah beberapa kali baca entri2 mcm ni.
kesedaran tu ada, tp x pernah nak berubah. mcm mn tu?
kdg2 insaf tu sekejap je.
mungkin iman itu rapuh.
lalai.
lalai,
lalai.

terima kasih kerana berkongsi. :)

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

guano demo teh.. istighfar dalam bahasa jepun ada ke? haha..kat sana takde gerakan dakwah islamiah jepun ke? kalau dapat duduk usrah ngan diorg best jugak kan? huhuh..

appadahal, selagi tak lupa Allah dan berada dalam batasan tanpa mensyirikkanNya itu dah kira bagus.

sab berkata...

jauh la nak g tempat2 usrah tu.

alasan semata2..haha.

:)

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

buat la sendiri2..hahah..ape yg best kat sana? kalau pos ke malaysia berapa sekilo? _-ingin tahu..

Frodo Baggins berkata...

wooooo ...
kalau stry sal mamat n unta tu ..
perghhhh tabah nyer beliau.

>>___<<


moralnya, Allah suka bila hambanya berdoa dan bertaubat. :)

sab berkata...

xtau la kalo pos dri jepun ke mesia, kalo dri mesia ke jepun tau le.. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails