Kempen Semasa

Kempen Semasa

10 April 2010

Ape?! Jangan Putus Asa?? Yelahh

Salam,
 Maaf diucapkan pada penstalker-penstalker tegar blog comot lagi komot ini, bukan sengaja membiarkan ianya terabai serabai sehingga berminggu lamanya, tapi demi mengumpan komen yang memberansangkan jiwa terpaksa jua diri ini melakukan sedemikian. Bukan blog saja tidak berusik, usrah mingguan pun dah banyak minggu terserong, marah al-fadhil ustaz Pokokcili tu. Tapi takpe, malam tadi dah qada' abis usrah yang terlepas. Lain kali terpaksa la naik bas pergi usrah mingguan, ustaz kata lagi cepat berbanding memandu sendiri. Ha'ah, ye lah, bas ape yg jalan malam lalu kawasan tu? Itu yang ustaz aku suruh cari, dia kata ada tu. Ustaz aku kasyaf, jangan lawan cakap dia, kalau dia kata jangan pergi memancing, makna dia jangan la..jangan kata ikan, telur-telur ikan pun takde penyudahnya. Sahabat aku dah kena dah. Dia ni degil.

 Sahabat aku ni dia punya degil, sampai pegedil pun serender la, ape kena mengena? Takde kena mengena. Nak dijadikan kisah, sahabat aku ni cukup baik orang dia, memang tak dinafikan, ko mintak je berapa nak pinjam, malam tu jugak dia adakan bagi kat korang, walaupun dia tengah sengkek papa kedana pada waktu itu. Lagi pulak dia ni tak berkira langsung pasal tenaga, keta ko rosak malam-malam? dia datang siap bawak tools lagi, pastu lagi satu perangai dia, kalau dia buat keja,dia buat sampai hati dia puas, walaupun ikut hukum akal kita memang dah tak boleh kalau dengan alat-alat yang ada. Kalau selesai ok la kan, tabik pakai kaki pun aku sanggup, tapi masalahnya, kalau dah sampai melebihi kos ko hantar kedai tak ke kelakar namanya. Puas ati,puas ati jugak, tapi kalau aku dah cakap tak boleh tu,tak bole la..degil!.walaupun aku jauh gila nak jadi wali, tapi aku kawan cucu wali..wahahahahahahahahah

 Jadi peringatan pada anda termasuk juga diri ini, congak dulu apa-apa menda pun kita nak buat. Kot dah terbarai baru nak congak, masa tu lebih baik anda main congkak la. Anda mungkin akan mengabiskan waktu solat anda mengadap menda yang tak sepatutnya. Ingat..jangan buat benda di luar kemampuan anda walaupun anda tahu anda mampu, kalau nak berekperimentasi takde masalah. Tapi jangan buat untuk orang, selain masa anda jahanam, anda juga menempah tiket untuk dibahan sepanjang tahun. Berair la mata kau baca blog ni..wahahah

Salam Asa.

3 ulasan:

Antusabun berkata...

lmasalahnya apa pasal aku terlibat dalam entry ko ni?

memang berair mata ni kalau baca panjang-panjang ni rupanya ye?

hahahahaha

Unknown berkata...

eh...hahaha...ko mana satu wataknya cik antusabun? wahahah...aku punyalah cover habis tak bagi org tau ko siapa...wahahah

Antusabun berkata...

Tang wali.

Haha.. Aku dah ada cucu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails