Kempen Semasa

Kempen Semasa

12 April 2010

Untuk Kesekian Kalinya

Salam,
  Tiada yang menarik, cuma nak kongsi berita, esok, bukan esok...pagi nanti, aku akan mendaftar masuk ke Hotel untuk orang sakit lagi, untuk kali yang ke berapa aku tak ingat. Seawal jam 0800 aku dah kena gerak pergi ke Seremban Specialist Hospital untuk temujanji dengan doktor yang repair kaki aku ni. Jadi esok jugak aku akan mendaftar masuk ke dalam suite 2 katil satu bilik yang tak tahu pukul berapa boleh masuk dalam suite tu, maklumlah, memanjang penuh aje suite2 hotel orang sakit tu. 

 Aku dah bercadang hendak kautim dengan doktor tu untuk buang besi yang ada sekarang ni dan digantikan dengan besi yang lain, pasal aku dah semakin sakit sekarang ni bila berjalan lebih sikit, tak tahulah nak cakap adakah ini sebahagian dari proses penyembuhan atau ianya satu yang tidak normal. Bulan lepas aku tunjuk kat doktor bahagian kaki aku yang bengkak setiap kali aku melakukan fisioterapi, doktor syak berlaku penolakan antara besi tu dan sistem badan aku, jadi aku telah diunjurkan ke bahagian pengimejan untuk melihat apakah benar atau tidak teori dia tu, ternyata besi tu rilek je duduk kat tempat dia dan kaki aku memang betul-betul bengkak. 

  So setelah lama duduk termenung memikirkan berapa lamakah masa yang sepatutnya orang yang patah kaki patut sembuh dan apakah kesakitan ini yang harus seseorang itu rasa, aku mengambil keputusan untuk berbincang dengan doktor esok untuk mencuba kaedah penanaman besi di dalam tulang menggantikan yang sedia ada sekarang ni, prosesnya doktor kata mungkin kena tebuk dari tulang punggung, terus sehingga ke tulang yang patah dan dimasukkan besi panjang terus dari kawasan tulang punggung dan seterusnya ke tulang peha, lagipun ini satu cara untuk meluruskan kembali tulang peha yang bengkok akibat aku membuat aksi berguling dalam bilik air wad di awal-awal selesai pembedahan dulu. Rujuk kemasukan yang ini untuk mengetahui ape yang telah terjadi pada masa lalu. Maaf, penggunaan bahasa ketika itu agak jahanam..haha

  Apa-apa pun, kita kena berserah pada Yang Maha Pencipta, bukan nak mengatur perjalanan hidup sendiri, tapi sekadar berusaha untuk kembali kepada sediakala, walaupun ikut hukum akal kalau sekali bentuk dah berubah ia akan kekal dalam keadaan itu dan kalau berubah pun tak mungkin serupa, tapi sekurang-kurangnya kita mencuba pada jalan yang sepatutnya tanpa mengsyirikkan Yang Maha Agung itu. So pada kawan-kawan semua, doakan perjalanan aku ini seperti yang sepatutnya, dan doakan juga penyembuhan aku berlaku pada kadar yang segera.

  Memetik kata imam al-Fudhail bin 'Iyadh yang pada mulanya bermula sebagai seorang penyamun yang sangat digeruni oleh orang ramai,dari Imam al-Sya'rani dalam kitabnya Tobaqat al-Kubra menceritakan tentang kata-kata al-Fudhail. Antaranya al-Fudhail berkata :

 " Apabila Allah mengasihi seseorang, maka Dia akan menjadikan orang itu banyak mengalami dukacita dan kesusahan. Tetapi apabila Allah murka kepada seseorang itu, lalu Allah akan membukan nikmat dunia ini seluas-luasnya"
(sumber dipetik dari kitab Prinsip-prinsip Tasawwuf Islam : Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani)

 Salam Pengharapan 

6 ulasan:

awchak berkata...

syafakallah.."mudah-mudahan abg apis cepat sembuh" amiin..(dgn nada penuh pharapan..) aiseeh..aha..

dok hotel 2 katil sebilik nnt jgn nakal pulok okkehss^_^ ... tek k..

Tanpa Nama berkata...

tp xdpt nak imagine cane pas opret nnt..uhuu..bole duduk ke dok..tp klo dah tu je yg terbaaeekk bole buat skg, folo je laa..tawakkal..misti ada HIKMAH punyeerr..eheh.. abg elok2..tek k..i'll pray 4 u..

~aaah sodih plak..hohoo..^^,hakhak..saja buat drama..hihi

singkong panggang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
singkong panggang berkata...

semoga cepat sembuh.

^^

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

aku syak ko ada taip sesuatu yg lebih panjang tadi mint..hahaha...

HIKMAH dah tentu ada pya cik tanpa nama konon2nya..insyaAllah lepas ni tak nakal dah..kena p kelas byk2..selama ni membaca je..takde lagi yg formal..hehehe..

singkong panggang berkata...

hahaha..;DD

mana ada.

bila operate?
ak tak paham sgt apa yg ko karutkan berjela2 tu.

hahaha..;DD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails