"yesss...dah tak jauh lagi"..tempik meme,atau nama xberapa nak sebenarnya, Opommeme Badigun seraya berlari menunding jari pada papan tanda berdekatan.Gembira benar tingkah gayanya apabila kenderaan yg dinaikinya berhenti di tepi jalan dan enjin dimatikan,kebas punggung la gamaknya tu,tp kegembiraan beliau tidak lama,hanya utk beberapa kali gulingan tenggiling feymesnya itu sahaja,rakannya,tok cak atau nama tak berapa betul Pramptok Klecak menghampiri meme dan memberitahu meme yg mereka sebenarnya belum tiba ke tempat tujuan sebenar lagi,dgn nada yg agak kecewa meme berkata," abis tok,kejadah hape kita benti kat sini kalau bukan nak p kg ni?,bkn kg ko ke ni tok?",sambil jarinya tak berhenti2 menunding papan tanda 'Kg Dusun Kendong,1000 m',untuk pengetahuan,mereka berdua adalah puak asli yg semakin pupus,iaitu suku kaum Lampi,dan 1000m tu apelah sgt bg mereka utk berjalan kaki,sambil pikul petai 2 bakul pun takde pape la aih..."sonang bai tu" bak kata mereka.Meme masih lagi tak puas ati,dgn nada sedikit keras berbanding sebentar tadi meme bertanya tok lagi,"tok,cakap la sama aku kejadah hape kita benti kat tp jalan ni?aku seronok kot main nganga² mulut makan angin masa tenggiling tu bergerak!".Betul pya marah meme tu,yelah,kawan tu kemain seronok main aaaaum² angin semasa kereta bergerak,tetiba benti plak,kalau betul dah sampai mngkin takde la nak marah² kot,dan lagi satu,mereka memanggil kereta sebagai tenggiling,tak tahu mengapa,mungkin di tempat asal mereka tenggiling boleh ditunggang kot,itu pasal la dia panggil tenggiling jgk kat keta yg diorg naik tu.
Dgn sedikit kegoyangan pada diri tok,tok cuba sehabis daya beliau utk menenangkan meme yg mana di dalam puaknya,meme agak terbilang kerana kemahirannya menemberang,kira beliau ini gemilang terbilang temberang la kiranya dalam koloni beliau.Dengan penuh hati² dan penuh hemah tok selaku calon bertindak untuk jawatan tok batin yg bakal dipertandingkan tidak lama lagi menyusun kata,"begini meme,tenggiling yg kita naik ni dahaga,bekal air dia dah abis,ko tak nampak ke mulut dia dah ternganga tu,dia dah penat tu,kemain kering tekak dia tu,hah ko tgk,siap keluar asap lagi,kan ke jauh dia berlari tadi,dari sepang ke shah alam dari shah alam sampai ke sini,bukan nak potong stim ko main aaum² angin tadi,tp itulah,kot meninggal dia ni meme,mampos tak balik kita ni."ujar tok sambil bercekak pinggang dan memandang ke arah kolam ikan berhampiran.
Mana pulak nak cari air bagi minum kat tenggiling ni,stesen minyak pun tak menunjukkan sebarang tanda yg mereka berada disekitar kawasan itu,mahu tak mahu kolam ikan yg tok pandang tadilah menjadi sumber ilham mereka.Dengan muka yang sgt selamba tenuk dan diri masing² yg agak lincah² majid,mereka menuju ke kolam ikan tersebut dan melakukan sedikit deligasi dgn pemilik kolam.Setelah dihamun sebakul dua deligasi berjaya ditamatkan dan operasi menceduk air kolam dilakukan dgn penuh berhati-hati,takut² tersauk sama ikan yg ada kat dalam kolam tu.Nah,amik kau,air kolam ikan dibagi minum kat tenggiling tu.Mujur la tenggiling ni membedal saje,kalau dia muntahkan balik air yg dituang kat dalam tenggorok dia tu,alamatnya mmg tido semalam la kita kat tepi hutan banat ni.Tenggiling dihidupkan dan tidak menunjukkan sebarang sikap yg kurang menyenangkan,bagus,satu tanda yg sangat sihat,tp yg tak sihatnya plak,tenggiling mula mengeluarkan bau kentut bersama² asap yg bole dikatakan sesuai untuk membantutkan kadar populasi nyamuk aedes secara khususnya dan kadar ketulenan oksigen yg disedut manusia sekeliling secara amnya.Sangat² memberansangkan dan juga membangangkan pemandu dan penumpang.Tetapi ape yg penting,(bukan kerjasama),kami semua selamat sampai ke tempat permentekedarahan,walaupun agak tergelincir dari jadual kami berjaya juga menunjukkan rupa tak reti malu kami.Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjamu selera kami yg agak rakus ini.
Kelihatan di dalam gambar,Meme bersama rakan nyumpitnya Tok Cak tersengih riang bila ternampak lensa kamera diacukan pada mereka.Agak fotogedik mereka ini.
P/s: Segala tohmahan dan fitnah yg berlaku didalam cerita ini adalah rekaan semata-mata,kepala otak aku dah jem.Tak puas ati kalu,sila komen.haha..ada aku kesah?