Kempen Semasa

Kempen Semasa

10 Ogos 2010

Kemasukan Pertama Julung-Julung

Salam,

Tajuk macam berkait dengan isu haiwan kan? Tapi ternyata tiada penglibatan seekor binatang pun, waima seekor lalat, lipas mungkin akan di sebut penglibatannya sekali dua dalam kemasukan kali ini tetapi masih bukan watak utama. Ah, cerita banyak tak guna mari kita teruskan penerangan tentang kejadah apakah tajuk berkenaan dengan entry ini.

  Sejak aku melaporkan diri ke pangkuan majikan semula, ini adalah julung-julung kalinya aku dapat mengemaskini blog aku. Aku pun tak tahu nak bagi alasan ape, sibukkah?, tidak berkesempatan sangatkah? Namun apa yang pasti, sesibuk atau selapang mana pun anda, kelancaran isyarat internet memainkan peranan yang sangat utama dalam acara begini, dan boleh aku katakan kelepuan aku berkait rapat dengan masalah tersebut selain memang masalah aku yang agak pemalas.

 Niat hati ingin cuba bersiaran dari tempat majikan, tapi sayang, talian kat sana macam shilake. Masa aku senang tiada kerja yang aku mahu sentuh, talian macam shilake, masa aku buat-buat sibuk mengadap komputer pun, talian tetap begitu jugak, abis macamana? Dah la 3/4 hidup aku sehari-hari dihabiskan kat tempat majikan aku yang lokasinya terasing dari kepesatan pembangunan sosial. Nak ponteng lari dari kerja pun masing-masing berfikir 3 4 kali, selain memikirkan ketidakberkatan pendapatan, kebosanan mengadap muka kawan-kawan sekerja yang asyik bercerita cerita yang sama hari-hari pun di ambil kira jugak.

  Makanya, inilah yang terjadi, blog terabai tanpa belaian kasih seorang lelaki gagah dan berani bertulang besi berlutut dawai. Kasihan wanita-wanita yang dahagakan perkembangan terkini lelaki itu, nasib baik ada talian yang boleh tahan mantap dirumah sewa,dapatlah juga nak meninjau-ninjau laman orang walaupun tiada kesempatan untuk berblog, dan aku tak tahu dah bila lagi aku dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan usrahku di Pusat Pembangunan Jiwa Pokok Cili dan Kawalan Racun Serangga atau ringkasannya KS itu. Maaf sahabat-sahabatku, akan ku cuba untuk mencuri sebanyak masa yang mungkin, dengar khabarnya Sheikh pusat tersebut sedang uzur sekarang, sedih hati ini mendengarkannya. InsyaAllah ada kelapangan akan aku cuba untuk mengikhtiarkan sesuatu. Bersabar ya Sheikh. Sesungguhnya pokok cili yang sedang lebat berbuah itu patah dan keuzuran tuan ada hikmahnya.

  Masa sudah tamat, jadual masa senggang sebelum kembali ke premis majikan terlalu padat dengan jadual menyedut darah pesakit. Dalam masa seminggu ini sudah berapa ramai darahnya aku sedut, semoga mereka beroleh kesembuhan yang total dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Ameen. Buat saudari SZ, semoga perjalanan anda lancar dan terhindar dari sebarang masalah. Selamat kembali ke tanahair. Konichiwaaa. Mata e mashoo. Oh lupa. Marhaban Ya Ramadhan, mana yang tidak mungkin mengalami menstruasi itu berpuasalah ya.


Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



Salam Ramadhan

5 ulasan:

Antusabun berkata...

Gua jadi watak utama?

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

haha

sab berkata...

hahaha..

tiba2 update, igtkan xnak update dah..sampai xperasan.

time kasih!

starter pack jgn lupe.. hihi..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

baikkk cik <(") hahah...

sab berkata...

hahaha. tau la anda hafal..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails