Salam,
Dah nak abis bulan dah, jadi cukuplah aku berblog utk bulan ini, bulan depan aku sambung balik, alah, lagi 2 hari je pun, sempena hari tua aku mungkin ada la kot entry yang maut-maut dan lebih liar dari biasa, tapi bergantung pada keadaan cuaca semasa la kot, kalau mendung tiada ape kejadian menarik, mungkin blog comot ni mendung jugak la kot, dah tua-tua ni takde siapa dah nak sedekah kek ke sijil simpanan premium ke deposit tabung haji ke. Kalau ada pun puak insuran yang sekarang main taktik keji gila close pakai telefon je, cis, kejap lagi bila nak claim cam haram pulangannya. Dah terjadi pada aku, jadi nasihat aku pada yang tiada insurans tu, amik Takaful 1 Simpanan dan Pelaburan, pastu amik Medical Card 1, pasal lepas ni ko nak masuk spital takde rm3000 dalam poket jangan harap la nak lepak spital. Pastu P.A amik yang percuma punya, sekarang beli simcard pun dah dapat P.A dah, banyak-banyak pun tak guna gak, kang dia tolak-tolak suh p claim kat orang lain. Ahh nak marah,marah la, aku tau la aku dah kena. keco.
Haha, tetiba emosi, padahal takde pasal pun. Aku nak citer pasal menda best ni, tapi takde gambar, ada, tapi lappy ni takde lobang nak cocok memory card, bluetut apatah lagi, bersiku je ada ni, kematu dah siku aku dok mengadap lappy ni. Tika dan saat ini aku bersiaran terus menerus dari rumah sewa aku kat Nilai, saje-saje balik lepak sehari dua, halau-halau jin mana patut bagi sejuk sikit rumah ni, haha.. Aku sampai ari Jumaat lagi pasal ada parti jinak di rumah seorang rakan yang dianjurkan sempena mensuamkan rumah aku kira, tapi yang hadir semua geng myvi club, aku sorang je bawak sesumpah. wahah. Aku bukan ada tunggangan rasmi pun, itu pun ehsan ma aku beli besi buruk budak malas nak bayar bulan-bulan, dari tersadai jadi betul-betul buruk ada baik aku guna. Buruk wei, tapi ok la, laju la jugak nak sampai rasah tu walaupun berenjut macam setan ketika berada di atas jalanraya Malaysia ni.
Nak diikutkan ada je gambar untuk aktiviti-aktiviti itu semua, tapi nantilah, lepas aku dah kembali ke pangkuang keluarga nanti aku hapdate. Sekarang ni elok layan citer tamil dulu. Ponmagal vandhaaa..urteri ganggaa...alalalal..nanti eh..daaa
Gambar intro..menyelerakan bukan..kaki ayam berstokin.