Kempen Semasa

Kempen Semasa

24 Disember 2009

Yaaa...Yg Dekat Mai Rapat Yg Rapat Jauh Sikit,ada bau la..

Salam,
Akhirnya, ada jugak tugasan untuk aku, kalau geng-geng ibumerah dengan tumittinggimerahjambu diberi tugasan oleh nuffnang, aku pula diberi tugasan oleh ngokngek kongkeng, apakah tugasan tersebut?.
hmm..mari kita klik 'maut-maut je kau ni kan!?'. Tapi sebelum anda semua klik itu, sila bertanya pada diri sendiri, "saya dah solat ke?" kalau jawapannya 'belum lagi kot?', ada baiknya anda berambus dengan segera dan kembali semula setelah selesai mendoakan kesejahteraan ibubapa anda dan juga aku. Boleh? Mestilah bolehh..kan kan kan. U mai prenn.. dan kalau jawapannya 'Ya! saya sudah selesai' maka berlapang dadalah anda mengklik link tadi. Selamat menjamu nafsu.

 Hahaha, gelak dahulu kerana apa yang bakal anda-anda semua saksikan sebentar lagi adalah berkait rapat dengan sesuatu yang menggembirakan, yaa..siapa yang pergi bercuti tak gembira, khabarkan padaku, tapi kalau orang yang pergi bercuti kena rompak habis pokai kereta pulak kena pecah siapa yang gembira kan? Itu tolak tepilah, itu selingan rancangan percutian mereka, hendak buat macmana. Banyakkan bersabar dan berserah pada Tuhan Yang Maha Esa sahajalah agar pembuat onar itu diigak polisi. Huhu, jauh menyimpang ni.

 Letak senjata anda dahulu, dan cuba lihat imej-imej yang saya cilok dari blog adik ipar volk saya. Kemudian fikirkan sesuatu, kalau malas berfikir, bayangkan sesuatu yang menggembirakan, desiran ombak, tiupan bayu, hilaian pontianak kanak-kanak, dan pasir laut yang melekat di betis.


Ruang tidur kelamin.
Kemain oren kau sarung bantal dia.



Ruang Tidur Main-main.
Kemain Retro sarung bantal kau nok.

Ruang Tempat Anda Humban barang-barang beli kat pasar malam bt.4

Ruang Libur Bersama Astro

Ya, itulah sahaja imej-imej yang dapat dipersembahkan pada anda-anda semua, dan ini semua terdapat di Pangsapuri Corus Paradise Lagoon, Port Dickson. Dengan kadar sewaan yang sangat berpatutan dan tidak masuk akal, anda dapat semua kemudahan yang telah sedia ada, seperti penghawa dingin sejuk hendak meninggal, petiais penuh berisi minuman ringan (air kosong kan ringan), televisyen lengkap berkawalan jauh bersama Astro. Kerusi rotan yang mempunyai dwi fungsi (untuk duduk dan untuk menghempuk anak-anak yang degil tak dengar kata), serta dapur karen, maksud saya dapur elektrik yang saya sendiri tidak tahu rupa dia macamana.

 Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah berpesanan ringkas atau membuat panggilan terlepas kepada tuan punya pangsapuri ini di talian bebas kuman H1N1, 017-3225961 dan 012-3835961, dan jangan lupa menyatakan sumber anda memperolehi iklan tersebut untuk menikmati potongan 100% (haha,gilokapo). Anda akan menerima layanan paling mesra oleh kedua-dua pasangan suami isteri yang fasih pelbagai bahasa ibunda masyarakat majmuk negara ini. Untuk menikmati 'percutian yang tidak mungkin kami lupakan di Port Dickson' anda boleh meminta pendapat dan pandangan mereka walaupun anda tidak berniat untuk menyewa pangsapuri tersebut. Akhir kata, bercutilah di Malaysia kerana luarnegara sedang dilanda musim sejuk nak mampos sekarang ini.
Sekian.

 Begitulah dia berakhirnya tugasan aku kali ini, semoga kalian semua lembut hati dan diberikan hidayah untuk datang bercuti ke sini, oh lupa, kalau korang nak makan, boleh la rujuk pada entri ini ~'Warung Ben10'.
Sebenarnya, banyak lagi tempat lain, tapi sengaja membuat promosi berganda. hikhik. Baiklah, aku tinggalkan kalian semua bercongak-congak dengan pendapatan bulanan yang anda terima dan pertimbangan untuk cuba bercuti seperti keluarga bahagia yang lain. Berikanlah masa berkualiti untuk keluarga anda. Sayangkan femili bawalah ke pidi, kena tak puisi aku? hihi. tata..Assalamualaikum.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..cek abg, ni utk sewa monthly payment ke utk 2,3 ari pn leh cek abg?

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

daily basis makcik...kira sehari2..berani tak tinggal nama..cis..berani bagi la link.

singkong panggang berkata...

hahahahaha..;DD

talian bebas h1n1 eh..

ak ade dwet sket ni..
boleh kot bercuti..


mwahahahaha..;DD

Cik Tudung Merah berkata...

apiz, jangan lupe promote jugak yang penghantaran breakfast merupakan menu timor timor turut disediakan..haha

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

mint..ko simpan duit tu buat kawin..hahaha..


tudung merah...ko tak nampak ke aku ada promote warung ben 10 kat situ..nanti diorg tya, ko offer la..hahah

yg nak tau berkata...

slm..sehari brapa eh en.abg?

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hmm..yg nak tau kena telipon la untuk harga muktamad...yg bole saya bagitau disini..ianya berbeza2 mengikut hari dan minggu..kalau macam cuti sekolah, hari biasa rm200++ hari minggu yakni ari jumaat sabtu ahad mungkin mencecah rm300++,mengikut keadaan semasa..tak patut kan? amik untung gila2 betul..hahaha

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hmm..yg nak tau kena telipon la untuk harga muktamad...yg bole saya bagitau disini..ianya berbeza2 mengikut hari dan minggu..kalau macam cuti sekolah, hari biasa rm200++ hari minggu yakni ari jumaat sabtu ahad mungkin mencecah rm300++,mengikut keadaan semasa..tak patut kan? amik untung gila2 betul..hahaha

Cik Tudung Merah berkata...

apiz. weh, ko saje sabotaj kan.mane ade sampai 300++ pun..TIPU!TIPU!ko mark up kan?

encik tanpa nama.harga bilik memang ikut hari yang dikehendaki. tapi takde la sampai 300++. keseluruhan hanya dibawah RM280 saje..murah kan..murahhhh

yang lagi nak tau berkata...

emm..klu sminggu brape eh?

yang teruja..hehe berkata...

emm,,klo dr umah tu nak g putrajaya agak2 amik brape jam eh?

Picfave Studio berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hahah..ni ape kejeee je la tak letak nama ni..cuba2 la bawak tipon tuan punya apartment tu..tp kalau nak tau dari pd ke putrajaya berapa lama bole nak cakap..sejam je..ikut sepang,lalu kota warisan bandar baru salak tinggi..takpayah ikut hiway..nanti keluar dekat persint 1.

Cik Tudung Merah berkata...

tanpa nama. jangan kate seminggu, kau nak beli terus pun aku sanggup setelkan..kalu branik, call la..haaa..takut..takut..

Unknown berkata...

eh... orang luar datang cni pasal tempat diorang sejuk nak mampos..orang malaysia ramai yang time sejuk -10 sume berduyun2 aku tengok keluar... macam mana lak tu

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

org sini jakun ngan salji mawi..tu pasal diorg keluar..alah takat p vietnam..sejuk mana la sangatt..hahahaah..ada yg p lhr ke mawi?

Tanpa Nama berkata...

oooo ckp org takut..org saje je nak tolong pomot..kot la pas tau arga,trus beduyun2 org nak sewa..ahahaha..tp xpe laa..xjd laa nak sewa..la la laa

Tanpa Nama berkata...

malas nak layan..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails