Kempen Semasa

Kempen Semasa

03 November 2009

Wasiat Imam Syafie

Salam,
Entry kali ini aku ambil dari satu blog yg aku ikut, semoga kita semua dapat sesuatu daripadanya. Selamat membaca.


Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.


Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni'mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Moga ada manfaat untuk yang membaca dan kongsikanlah ia.

31 Oktober 2009

Sejenak di Kota London


Salam.

Igt lagi x yg aku kata nak update siri penjelajahan aku ke Negara org tu? Hah, sekarang ni ada dgn aku gambar masa aku kat London dgn Dublin je, so aku mulakan dengan London la dulu kot, ok, mula,muahaha..

Aku ada sorg kawan nama jagung, wan jagung, kira aku kawan baik la ngan dia ni, aku ngan suma pun aku baik kot, tp dgn dia ni aku selalu la plan2 menda berjalan2 ni, pasal dia ni mmg kaki la bab2 berjalan malan ni, so nak dijadikan cerita, wan jagung ni ada sedara tinggal kat London sana, mak ngah+ pak ngah dia, diorg ni sedara kepada mak wan jagung ni, yg pak ngah dia ni dah jadi rakyat british, pasal dia dulu join British Army, so masa British lepaskan Malaysia pada pengurusan sendiri, diorg telah mengofferkan army2 dia ni pilihan utk stay kat Negara Malaysia, Singapura atau England, so pak ngah dia telah memilih utk pegi ke U.K,  maka jadilah beliau seorg org Perak berkerakyatan British, masa tu mak ngah dia tak ikut sama lagi, so lepas dah lama sikit tu baru mak ngah dia ikut, so mak ngah jadi PR jek, pasal ape tak tau, aku pun bukan soal siasat diorg pun pasal citer ni, dgr dari citer org tua wan jagung ni jek.

  So kami berlepas dari Malaysia pada, aaa...lupa plak tarikh,nanti aku cek balik..haa, dah igt, 29th June 2008. Aku p ngan wan jagung ngan kedua org tua dia, kitorg bertolak malam, dan perjalanan kami mengambil masa selama 13jam, hoho, bernanah punggung, tp aku macam biasa la, kot bosan atas pesawat tu aku berjalan la masuk dapur la tandas la dok kat kusi cabin crew la, mintak makan la, tp selalunya aku tido, muahaha, pasal nak tgk citer pun, tak sempat abis cerita aku dah padam dulu..hahah..

  Jd dipendekkan cerita,kami mendarat pada jam 5pg waktu london, masa tu tak tgk jam lagi, igt dah pukul 9pg ke ape, sekali tgk jam kat skrin tu terkejut la jugak, pasal dia pya terang tu macam dah pukul 9pg la kat tempat kita ni, ok, kat situ aku dah jakun, pastu beratur kat imigresen, bapak oii, kemain lama la woii, lupa nak bitau ,mak ngah+ pak ngah jagung join sama dalam flight tu, tp tak jumpa2 sampai la mendarat, pasal dia naik dari penang ke ape ntah, kira transit kat KLIA, so tak jumpa la masa kat check in tu, berbalik pada citer imigresen, hah amik kau, dia pya pegawai imigresen tya macam2 la woi, stok ko rasa macam nak lempang sambil menangis pun ada gak, tya soalan bukan2, sampai anak berapa ramai pun tya gak, ada satu soalan dia ni buat aku nak gelak, dah gelak dah pun, tp dia buat muka ketat dia jek,eksen betul, dia tya aku..

British India : Are you married?

Budak Comel: Nope ma’am,single.

British India : Do you have kids?

Budak Comel: How come I have kids  when I’m not married. (aku gelak)

British india : (muka ketat)..

Aku lupa yg kat tempat diorg menda ada anak tanpa ikatan perkahwinan tu perkara yg sgt2 biasa, dan aku lupa dia ni tau aku ni Muslim atau tak, tp lepas dah lama bersoal siasat tu baru aku pasan kenapa dia ketat ngan kitorg dan tak berapa mesra, pasal kat lanyard dia pakai tu tertera perkataan ini..

‘Boys are stupid,throw rocks to them’..hahah, ape ke bangang pya qoute tu..

Ok, dah setel menda tu semua selepas semua surat ngan bukti2 yg kukuh manyatakan aku dtg situ pasal nak berjalan  dan bukan pasal nak dtg cari keja, kitorg pun p amik beg, lepas amik beg tiba masa nak p umah makngah  jagung, haa, diorg kitaorg jumpa masa kuar pesawat, so beratur sesama  la, pak ngah dia menonong laju je, pasal rakyat British ada lane lain, clear jek, mula tu nak naik tube(train bawah tanah), tp tak tau apsal mak ngah ajak naik teksi, naik la kitorg teksi pintu terbalik tu, berburak3, kitorg pun sampai, dah kuarkan barang ape suma buat2 la nak tongtong duit nak bayar duit teksi, sekali dgr jek jumlah tambang aku rasa macam nak pitam, £69! Erk, tgk2 makngah dah kuar duit bayar, pheww, ko tau tak kalau convert2 tu bole jatuh misekin woi, hahah, aku bawak cash pun dalam £100 jek, hahah, buat2 keras mcm takde pape. Haha, alah, bg diorg mcm Rm6.90 kot.

  Dah sudah letak2 barang aku pun kuar ngan jagung mayau kat keliling perumahan tu, nama tempat makngah+ pakngah tggal tu Kensal Rise,kira dalam bandar gak ah, London borough of brent, aku tak tau ape maksud dia, kat signboard dia tulis gitu..haha.. pasal takut sesat, kitorg jalan lurus jek, pastu patah balik lepas tgk takde menda yg ada, lagipun tak sebuk lagi, org pun tak bgn tido lagi kott, baru pukul8 pg masa tu, tp terang dia macam tghari, permulaan Summer kot masa tu, lepas tu lepak kat backyard umah makngah, ada pokok epal, haha, tp belum masak lagi, so aku acah2 la makan terus dari pokok,senonoh tak rupa manusia ni?hahaha




Pastu kitorg keluar p central, naik bas, beli tiket 1day pass, utk tube ngan bas, harga £5.30, tp rasa rugi la kot, pasal kitorg tak guna sangat pun tube, ntah, bg aku seronok naik bas lagi kot, pasal bole cuci mata tgk luar sambil2 naik bas tu, kalau ko naik tube, samala macam ko naik putra lrt, ape yg ko nampak kat bawah tanah tu? kan ke bosan tu? so the next day kitorg beli pas untuk bas sahaja, £3.50, aku ngan jagung mmg guna sepenuhnya la, pg2 kuar ngan mak bapak dia, pastu balik, hantar mak bapak dia, pastu kitorg kuar balik berdua, mayau tanpa arah, tp tak takut sesat langsung, pasal aku rasa sistem pengangkutan diorg paling teratur aku pernah jumpa kot, tp kalau ko ajak aku naik bas kat kl tu, siyes, aku tak reti, hahah, nak suh aku sesat bole la, aku dah la jenis sesat tak reti nak patah balik, mmg redahh je sampai abis stesen, muahaha, terjadi jgk kat sana, tp biasa la, tmpat org, org tak kenal,bole la buat pangai beruk sikit. Haha, tak gitu aka,isya?miahaha…


So yang ari lain aku malas nak citer, aku bagi korg  tengok gambar berserta deskripsi dia aje la eh. Pasal aku pun macam dah ingat tak berapa nak ingat dah citer tu, dah setahun kan citer dia, huhu, siap dah pegi lagi tahun ni, siap kena tahan la ngan imigresen dia, igt aku tak keluar2 dari negara dia dari tahun lepas, dia yg bangang nak tahan aku plak, aku maki matsaleh vongok tu, org masuk ko heboh cop passport, org keluar ko halau gitu jek, pastu bila ko jumpa cop tahun lepas terus ko cap kitorg masuk tak kuar2 negara ko ni, ape dia igt best sgt ke nak duduk lama2 tmpat dia tu, bole jatuh miskin tau tak. Hahaha. Ape-apehal shopping tempat ni terboikk, nak timberland asli dgn harga kasut Bata bole la dtg sini. hahahahahah


harga makanan dia korang tgk..tak jatuh miskin plak kalau keja kat sini p makan tghari kat sana. huhuh.


psst:- sebenarnya aku dah letak byk gmbar tadi, pastu dah susun elok ikut cerita, penyudahnya ilang plak tadi, terus aku jem aku letak je gambar pukal gini, nanti aku update pastu kalau montot aku tak lenguh dah aku edit balik eh, alah, sape je yg baca pun..wakakak



30 Oktober 2009

Sopan Gayo Pejuang la sangattt.

Salam,
Aku aritu ada jual satu menda ni, tp tak tau la korg minat ke tak, lagipun menda ni tiruan, tp rare nak jumpa, meh la tengok-tengok kot ada yg tertarik ke ape ke, pasal aku order 1-1, malas nak simpan pasal bukan menda ori pun dah la tu, bole tahan mahal la jgk, Rm50, tp kalau takat nak buat 'nyemban' sangkut atas kepala mmg caghe ah, hikhik. Pasal aku pun bukan la kaki bergaya, kaki patah ye la kot. hahaa, gelak laa, buat-buat ketat plak.

Ni dia menda yg aku cuba utk pasarkan tu, tp kalau korg ada jumpa tempat jual murah lagi bagitau aku, pasal aku bukan meniaga pun, tp kalau korg nak jgk beli yg aku tunjuk ni, aku bole orderkan, nanti ko bg la ikhlas hati berapa-berapa pun sbgai upah. Hahahah.


Yaaa..Rayban Wayfarer, lens dia iridium, nak lawan Oakley Frogskin tak dapat la an, pasal aku tak pasti plak Rayban ada kuar ke tak jenis iridium2 ni. Walaubagaimanapun, kacamata ini kelihatan dari jauh 'tulen bang' (buat suara nyah)..muahaha, tp dgn satu syarat, jgn bagi org pegang atau try pakai, kang dia nak beli yg ko pya tu. Hehe, jadi, kalau berminat boleh la, bitau aku, kang aku bg no tipon aku, eh, email je dah la, kang korg banyak soal abis lak credit aku. Aku dah la tiada pendapatan bulanan yg mantap dah skang ni.
 ini email aku ye, iffat.chcs@gmail.com. Sila soal siasat aku di sana, dan barang bukan ready stock, kena belajar erti bersabar kalau nak jadi seorg yg bergaya. Hahahah

Ok sekian dahulu iklan utk kali ini. Bertemu kita lagi nanti utk barang-barang yang lain. Peniaga nau rupe aku haa.

Jangan Pernah Putus Harapan

Jadilah Anda (di hadapan Allah) seperti seorang anak kecil di hadapan orang tuanya yang apabila ia menginginkan sesuatu dari mereka akan tetapi mereka tidak mengabulkan keinginannya maka ia akan merengek dan menangis di hadapan keduanya. Demikian pulalah sebaiknya keadaan Anda di hadapan Allah, apabila Anda telah memohon sesuatu kepada-Nya dan Allah belum juga mengabulkan permohonan Anda, maka bersimpuhlah dan menangislah dihadapan-Nya!

(as-Sirri as-Saqthi)

Salam,
Seperti yang lalu, sekali lagi kata-kata hikmah ini menggamit aku untuk berkongsi dengan kalian, maka amatilah ianya dgn penuh keazaman yg kita takkan pernah berhenti berdoa dari mengharapkan yg terbaik buat semua.

Itu sahaja untuk kali ini. Sekian

29 Oktober 2009

KEK KEJUng

Salam,
Waah..melampau ini blogspot, dah 2 hari aku tidak dapat masuk, masa aku ada mood masa itulah dia membuat pasal mencari sengketa, tidak mengapa, kerana aku dah boleh memasukinya secara sah sekarang, maka aku akan meneruskan niat murni aku tempohari, niat nan murni itu adalah mengkhabarkan kepada semua pencinta cheese cake di luar sana akan berita ini.. "kite ade cis kekkk, 2 tauuu"..muahahah..

Cukup berbicara lihat sahaja fotonya, deskripsi akan disertakan disamping atau dimana-mana berhampiran foto.





Ini blueberry cheesecake yg dipacak sebijik buah kiwi yg tidak dikupas dan sebijik strawberi dibelah 4..dan ditempek-tempek dengan coklat di sekelilingnya. Punca terjadinya kek jenis ini adalah kerana aku telah memesan kepada adikku untuk membeli kek dari dapur hotel tempat beliau menjalani latihan praktikal. Mengapa aku beriye hendak membeli? kerana dia boleh mendapatkan harga staff memandangkan beliau sangat ngam ho dengan chef di bahagian kek dan biskut. Setelah terpancing dengan kata-kata mulut busuknya itu, aku telah memesan kuantiti sebanyak 2kg, di mana 1kg untuk setiap biji, kira 2biji kek keju lembab-berkrim-mantap-buatan-hotel-ada-bintang-tp-dgn-harga-bahan-mentah-sahaja lah. Mana lagi sebiji? Belajar untuk bersabar, kerana sabar itu kunci moto abah kau.


Nah, ambil sebiji lagi, dengan bentuk sama seperti diatas bagaikan difotokopi, kek yg ini telah diserikan dengan seni hiasan amboi3-diva-tergebus-caras-muka-kau, dan sedikit kata-kata peransang sehingga mampu menghasilkan mimpi lembab sikit lagi nak basah. 'Semoga Cepat Sembuh' . Amboi mcm mengenali diri ini pulak si pembuat kek ini, hahahah. Tapi apa yang pasti rakan-rakan pencinta kekkita ni, harga untuk kedua-dua ketul kek ini lebih murah dari sebiji kek keju yg dipasarkan di luar sana. Dan disebabkan itu jugalah aku membeli 2, padahal sahaja mengundang padah, mana ada lagi pembedal tegar kek keju di rumah aku ni selain aku. Natijahnya, sampai ke hari ini kek ini masih lagi berbaki setengah kilo setiap satu, pasal aku kerat dua-dua sekali, konon igt rasa lain2 la, takde maknenyee, = jek.

Dan aku dikhuatiri menghidap penyakit kencing manis selepas selesai kek ini dibaham. Semua bahagian yg telah dibaham itu adalah pekerjaan aku, yaaa aku!, org lain makan tidak sampai sepotong pun, itu pun sepotong cuit nak rasa jek, ape mereka ini tidak tahu nikmat menikmati kek keju ke? huh, sungguh eskimo. Jadi kepada sesiapa yg ingin merasa kek keju semoga cepat sembuh dan kek keju beri-beri biru, boleh la singgah di perkarangan rumah aku sambil memegang karangan 'Saya suka kek keju percuma' yg panjang setiap karangan tidak melebihi 150 patah perkataan, dan pastikan ianya menggunakan format KBSR tahap 2, Sekian sahajalah cerita yg telah aku peram selama 3hari ini.

Kek KEju..brrrrrrr...hahahaha

23 Oktober 2009

Berdoalah!!

"Janganlah kalian meninggalkan doa! Dan jangan sampai perbuatan dosa yang kalian lakukan, menghalangi kalian untuk berdoa kepada Allah, karena sesungguhnya Allah telah mengabulkan permohonan Iblis, padahal ia adalah makhluk yang paling buruk." (Lihat surat al-Hijr ayat 36 dan 37)

(Sufyan bin 'Uyainah)

Salam,
Terpanggil aku untuk meng'copy' paste kata-kata hikmah kat tepi blog aku ni, kerana ianya bertukar setiap hari jadi aku taknak la ketinggalan utk berkongsi dengan umat-umat yg tak sempat singgah blog aku masa kata-kata ini sedang di keudarakan. Jadi sgt baguslah kalau ianya aku kongsikan bersama, pasal kadang-kadang aku berasa begitu, terasa doa aku tak sampai pasal kekhilafan dan dosa-dosa yg pernah, sedang dan yg akan aku lakukan.

Makanya tak usahlah kita menghukum orang lain di atas perbuatan yg tidak lurus di mata kita, sampai senget-senget kepala memandang serong kepada yg terbabit. Pasal sendiri pun lebih kurang gelong je nak jatuhkan hukum utk org ape kes?.. Ditujukan khas pada diri sendiri sama, pasal kita manusia kan, lagi pulak syaitan itu terdiri dari kalangan jin dan manusia, dan aku tak marah kalau korg panggil aku syaitan, sebab sifat keras kepala dan degil itu menggambarkan syaitan, so sape degil dia setan..hahahaah..aku dah tak degil dah. Hee hee.

Ok ah, kan aku cakap lebih-lebih kang org marah plak, ye la aku bukan sekolah agama pun, dah la tu tgh patah kaki plak tu, konon insaf la eh? Yaaa, aku insaf, hahah, tp bukan pasal aku eksiden, tp pasal lama sangat dok alpa ngan dunia yg kita akan tggal bila-bila masa sahaja. Jadi berdoalah kita semoga amalan kita diterima dan kita berada dikalangan hamba-hambaNya yg soleh. Aminnn


21 Oktober 2009

Banggalah Dgn Barangan Buatan Malaysia

Salam,
Kali ini izinkan aku untuk berjiwa 1Malaysia dgn mengiklankan barangan buatan Malaysia.
Yaaa, seperti yg kelihatan di bawah adalah salah 6 contoh produk buatan Malaysia yg dihasilkan di Bumi Kenyalang Sarawak, bukan Kenya ya, walaupun ada suku kata Kenya tertera di situ, dan suku kaum dari Kenya nyata sekali tidak akan kelihatan di sana. Ini adalah hasil suku-suku kaum Sarawak sendiri, itu baru suku, belum setengah, belum lagi satu. haa, bayangkan hasilnya kalau satu Sarawak bikin. Pakai kain saje la semua kat sana. Cukup karutan di situ, mari kita lihat produk yg ingin diketengahkan.

Pengenalan Produk

Kain Batik Sarawak, mempunyai motif corak suku sakat yg suka menyakat, hee, bukan-bukan, sebenarnya aku pun tak tahu menahu pasal kain batik Sarawak ni, yang aku tahu ianya adalah milik rakan aku dan tugas aku hanya mempromosikannya tanpa meng 'markup' walau sesen pun, jadi sesiapa yg berminat akan berhubung terus dengan pengedar dadah kain batik tersebut. Setiap motif cetakan batik mempunyai namanya sendiri, jadi anda namakanlah sendiri mengikut kesukaan hati anda. Jika berminat sila sengih lebar-lebar dan hubungi saudara asmawi hamsani kembar nama kepada asmawi ani aduhai saliha.



Sila hubungi beliau jika anda berminat untuk menempah kain batik tersebut mahupun sengaja ingin berbual-bual katak, beliau tidak akan mengecewakan anda.

Talian bebas cukai : 013-2666981 untuk pengguna Celcom
                             : 012-3872591 utk pengguna Maxis yg takut kena cas RM0.15 bila sms kat no.atas sana

dan email beliau jika anda inginkan sebarang maklumat lanjut, aaa..alahai lupa plak..nanti korg tya la dia sendiri. Takpun pegi semak-semak kat blog dia buat huru-hara. Pasal dalam blog dia pun ada gak kot iklan ni, ntah-ntah takde, puaka betul. Oh lupa..harga kain-kain ini cukup murah memandangkan ianya diambil di Sarawak, kemudian terbang kemari dengan pesawat Malaysia Airlines, dan kemudian dipos kepada anda dgn nilai hanya RMalaysia35 (termasuk penghantaran seluruh Malaysia menggunakan Pos Malaysia, nah 1Malaysia bukan?) maka berjaya la misi 1Malaysia aku..hahahahaah

Sekian..Belilah barangan buatan Malaysia dan sokonglah industri kecil-kecilan yg berpendapatan sederhana ini. hohoh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails