Kempen Semasa

Kempen Semasa

18 Oktober 2009

Sila Bantu SayA Utk Lebih Memahami

Salam,
Aku baru dapat satu video ni,lepas aku tonton, dan tonton, dan tonton..ternyata ada benanrnya, walaupun lawak ini agak sinis dan bakalan berakhiran dgn ciap miap kaum yg suka berkicau. Aku gagahkan diri utk meletakkan jgk post ini. Bukan ditujukan pada sesiapa, cuma utk berkongsi ape yg aku setujukan sgt tu. Silalah klik link di bawah memandangkan dah tak bole nak letak video dah kat sini, mana button upload video ntah, dah ilang sejak pakai format yg baru ni. Hahah, maafkan aku kalau aku bodoh, itu sebahagian dari aku, ilmu tak sampai lagi kat benak aku.


Jadi sudi la kiranya anda menontong bg Ganuengs, menotoun' bg Amerekka, dan menonton bg 1Malaysia, suara anda tidak akan didengari oleh sesiapa, sila berhenti membuat andaian yg tidak-tidak sebelum anda kehabisan ruangan storan maklumat di dalam kepala hotak anda itu. Stress free entry. Take your time and don't waste mine. Lalala..

sila bersetuju dgn saya. (klik laaa,plis,plis,plis, kamu jgn nakal..hahaha,bodo gila lirik lagu tu)

17 Oktober 2009

Dari Dapur Kakak Aku - The Broken Leg Chef

Salam
Muahaha..arini misi aku berjaya untuk buat biskut ngan cis kek kukus yg pernah aku postkan resipinya dulu..wohoho. Tahniah pada si cacat yg tak bole nak berjalan dgn sempurna ini. Ntah macamana bole terpikir aku nak buat semua ni pun tak tau la. Tapi yg pasti semangat membuak-buak selepas aku makan biskut raya yg huduh rupanya tapi sedap nak meninggal. Masalah tentang biskut itu pula adalah, ia harus dibeli, dan sebalang memerlukan jumah wang yg besar iaitu RM20 sebalang, dan aku bole menghadap sebalang tu dalam masa sehari tanpa pemerhatian. Kalau ada org aku buat la segan-segan nak membelasahnya.

Acara bermula dari malam semalam, aku pun cari la resipi biskut yg ala-ala famous amos,dan hasil pencarian aku aku pun terjumpa resipi ini. 'The Best Choc Chip Cookies'. Haha, aku salin pastu bangun-bangun tido pagi tadi selepas selesai semua kewajipan aku sebagai manusia, aku pun telefon kakak aku tentang hasrat murni aku nak mempergunakan dapurnya dan segala alatan yg perlu utk menghasilkan bahan-bahan mentekedarah itu. Cadangnya aku ingin memandu sendiri kancil liar mak aku tu, tapi kancil liar itu tidak kelihatan, ditunggang badak tanah gamaknya. Jadi aku tangguhkan dulu niat aku dengan memejamkan mata diatas katil yg baru dihadiahkan CADAR PLKN oleh adik ipar dan suaminya yg tercinta.

Sedang khusyuk aku menjamu mata aku, badak tanah yang tadi tidak kelihatan tetiba je ada di depan pintu bilik aku bertempik suruh siap-siap nak pergi rumah kakak aku. Eh, mana dia tahu aku nak ke sana, rupa-rupanya kakak aku dah suruh dia datang rumah amik kancil jinak kakak aku semata-mata nak membawa aku ke rumah kakak aku. Maka terpaksa la aku bersiap-siap untuk pergi, dan yg bestnya, aku memandu sendiri kancil jinak itu, hahaha. Singgah sebentar ke kedai jual barang kek, beli cream cheese ngan sikit barang nak buat kek terus aku sambung perjalanan ke rumah kakak aku.

Sampai-sampai je terus tanpa berlengah aku menukar pakaian chef aku, iaitu berupa seluar pendek buat mandi laut ngan t-shirt aku pakai dari rumah tadi, (pakaian chef la sangat). Dan terus aku keluarkan resepi maut yang telah aku pindahkan ke dalam bentuk penulisan kreatif di atas buku nota yg bole terkoyak bila-bila masa. Resipi pertama aku untuk hari ini.


Tu dalam tupperware tu.. yg tepi tu susu tepung anak buah aku tu.




Tu hah,dah macam chipsmore biskut aku tu,leper je macam rempeyek. Hahaha, tp best nak meninggal, kata aku.

 Dalam menunggu biskut tu masak, aku meneruskan operasi menghasilkan resepi kedua, maklumlah chef kan, buat la keja lain dalam masa yg sama, haha. Ini resepi aku yg kedua. Iaitu Cis Kau Bedebah Kek Kukus.


Itu dia bahan-bahan yg dah kena pukul, aku dah salah pukul daa. Patut pukul A dgn masukkan B,tp aku dah pukul A ngan C sekali. Dah kemain lama plak nak bg dia rata. Tapi Alhamdulillah, kalau tangan tu dah berseni, walaubagaimanapun kejadian menda tu, tetap sedap dibaham.



Belum apa-apa dah hilang 2 potong. Aku la yg bedal, sape lagi..muahaha


Ni ha jarak dekat, aku rasa dia jd lain sikit pasal aku guna susu tepung anak buah aku, wakakak.
Melalak anak buah aku nampak susu tepung dia berada disamping besen doh aku tadi. Haha


Dan untuk penghargaan kepada mahkluk yg menghadiahkan kain cadar ala-ala plkn kepada tempat peraduan beta itu, aku siarkan juga la gambar cadar tu dalam entry kali ni, kelabu u kaler dia. Matching tak ngan corak sarung bantal tu? Matching kan?? hahahha.

Sekian saje la entry kali ni, aku post terus menerus dari tepi dapur kakak aku. Selamat menjamu mata. Kencing manis masing2 mentekedarah biskut aku tu. TErlebey sudayy


14 Oktober 2009

Hancur Badan Dikandung Tanah

Salam,
Semalam aku pergi lagi ke tempat pengubatan tradisional aku tu, kali ini mmg betul2 best, pasal kali ini aku berpeluang lepak ngan org yg kena santau, haha, berbual pun mcam larat tak larat dah brader tu, pasal dalam badan dia rasa panas, aku ni rilek je sejuk takde rasa ape2. Sambil berbual tu dok bercerita la sama menda2 mistik, pasal brader ni pun berkebolehan juga katanya, tp pasal benda yg dihantar tu kuat sgt, sampai dia pun dah tak dapat handle. So bermula la perbualan kami yg bekisar lebih kepada menda ghaib dari menda yg zahir ni, yg zahir pun citer pasal mengundi kat bagan pinang la. Huh, mcm aku amik port plak menda tu. Layankan aje la pandangan dia tentang 1Malaysia Rakyat Didahulukan  Pencapaian Diutamakan tu. Dia kata mmg rakyat didahulukan la, pasal bila minyak naik tol naik cukai naik segalam macam naik, sape kena dulu? Rakyat kan?? haa mmg bertepatan la slogan tu, rakyat kena dulu, pastu pencapaian ape yg diutamakan? Pencapaian utk menteri2 la, tol free ape suma free, kira keutamaan mereka tercapai la,ujar beliau.


Dah, aku citer balik ape brader tu cakap jek, pastu aku tak respon ape2, aku gelak je, pasal aku malas nak kesah sgt. Lepas cerita pasal tu start la kesah mistik, dia cakap dia dah dua kali kena santau, yg pertama kali tu lepas jumpa org ke-100 baru setel masalah dia, org ke-100 tu tempat yg aku selalu pegi ni la, kira dia dah kenal lama dah dgn pengamal perubatan ni dan dah pernah ditawarkan ilmu utk mengubat patah, tp ditolak pasal tak sanggup. So beceritalah kami pasal rupa menda setan2 yg ada, pastu kebolehan dia merasa sesuatu yg tidak kena pada seseorg  ape suma, dan bulu roma aku sepanjang berbual itu turun naik tak berenti2,kejap kang naik kejap kang ok,berbual balik meremang lagi tp tak takut, haa tu yg pelik tu. Anda seram? hehe tggu aku cerita masa kitorg bercerita tu kitorg kat mana.


Masa kitorg berbual tu kitorg berada di sebelah rumah kosong, 2 buah rumah kosong yg dah penuh semak samun dan naik reput segala, tak mustahil la setiap kali bercakap pasal hantu bulu roma aku meremang rasa mcm dia lalu tepi, tp rilepp, takde rasa cuak ke ape ke, tak tau la mgkin pasal aku berada di kawasan rawatan. Lepas berbual tu brader tu bg aku satu zikir utk diamalkan. Nanti aku cerita apa yg  terjadi bila aku berzikir dgn zikir yg diberi ketika pulang. Sape bulu roma dia dah meremang masa ni? Tunjuk gigi, tersengih kude ko. Haha, nnt aku bg petua camne nak hilangkan cuak tak tentu pasal bila sebut pasal hantu ni.


So giliran kami pun tiba, walaupun telah dicilok boikk pya oleh seorg makcik yg dtg kemudian dari kitorg tanpa sedar, dia dah selesai,dgn selamba dia bgtau yg skrg turn brader yg berbual dgn aku tu, padahal nombor giliran aku dulu dari dia, aku no.11,makcik tu no.13 dan brader tu no.14, pastu baru la nak bitau kenapa tak cakap..ewwahh..yg kamu tak reti tanya kenapa, tentu arah masa kamu dtg tu dah nampak muka2 kami tercongok kat depan tu. Takpe, pasal aku mmg dilahirkan penyabar dgn org, maka aku senyum je la, aku pun masuk bersama2 brader tu, kira satu jalan terus, kira elok sgt la, kena plak sebelum tu aku dah nyatakan hasrat aku kat brader tu utk masuk sekali. Jadi mmg molek sgtlah.


Masuk2 bilik mcm biasalah, turn aku dulu, diampu kaki aku oleh 'Dr'.Man ni,di ketuk2 kaki aku, peha aku, lutut aku, lepas tu dia bersuara, lebih kurang gini ah " tulang dah cantum dah, cuma skrg ni masalah besi tu menghalang, pasal tulang tu nak melurus tak boleh pasal besi tu kuat sgt memegang tulang tu, jadi telur tak payah pakai dah, pasal kalau makan jgk takut bengkok ke arah yg lain pasal besi plate tu menghalang." kesimpulan cerita, besi plate tu mengganggu dalam proses tradisional ini, jadi dia tya bila aku bukak besi. Aku cakap paling cepat pun hujung tahun la, tp nak ke aku terencot2? Tanak ah, siap dia kata kalau tak,dah berjalan dah aku masa ni, tp pasal besi tu memegang kuat sgt maka proses pertumbuhan tulang baru jadi tak lancar.


So dia memberi satu penyelesaian, hancurkan besi tu, pasal nak keluarkan dgn proses pembedahan normal lambat lagi, jd aku bersetuju je utk menghancurkan besi plate tu, jadi dia pun tekan la laptop ghaib dia ngan alat2 perubatan ghaib dia, aku ada perasan dia macam main picagari, dia beritahu itu ubat utk menghancurkan besi tu, besi tu nanti akan hancur sikit2 dan larut dalam daging. Kira tak memudaratkan la, tambah plak kalau diizinkan Allah menjadi ikhtiar aku kali ni, tak payah la susah2 aku p bedah kaki aku kuarkan besi ni plak kan? Buat ape sakit 2-3kali, tp itulah, mcmana plak nak bitau doktor kalau lepas ni x-ray2 tgk besi tu dah takde. Hahahah. Mampos.


So selesailah bahagian aku malam tu, giliran brader tu plak, kibas2 pakai sejadah je aku tgk dgn tarik ikut dada ape menda ntah. Kira stail 'Dr' Man ni rilek jek. Takde nak tempik2 sape tuan kau,dari mana kau datang,bersilat ape suma. Macam tenang gila ah, siap pasang radio dgr lagu sinar.fm la, layan sms la, mmg sempoi. Lepas masing2 dah dapat air tawar, kitorg pun beransur, dan dalam perjalanan tu pulang tu, aku ngan adik aku merangkap supir akan menempuhi jalan yg agak gelap dan hutan2 agak tebal. Heheh, saje bg seram, padahal takde menda kaitan pun ngan hutan tu. Aku kan ada citer pasal zikir yg brade tu bagi kan, aku pun mulalah berzikir, kejap lagi mata aku ni kemain berat ngantuk tak mau2, padahal baru je tadi aku pya segar berbual ngan adik aku, aku tahan aku zikir lagi, amboi makin berat, sudahnya bila masa aku terlelap pun tak tau la, sedar2 je dah nak sampai Teluk Kemang dah. Tak tau la ape sebab, pasal ada setan dalam badan ke ape ke tak tau la aku. Adalah tu hikmah zikir tu, nanti2 tau la aku. Mana tau boleh terbang ke ape plak aku lepas ni tak payah susah2 pakai tongkat berjalan naik moto eksiden bagai. Hahahaha


Sekian, gambar hantu takde. Pasal hantu kamera shy. wakakak




11 Oktober 2009

1st open house utk aku thn ini

Salam..
Semalam, aku akhirnya merasa jugak beraya kat umah org walaupun ianya adalah jenis rumah terbuka, tiada interaksi secara langsung dengan tuan rumah, tp acara makan tetap berlansung dgn meriahnya. Utk bg korg gambaran, Sate 4000cucuk, rendang itik, rendang ayam, soto, nasi kerabu, nasi dagang, nasi himpit, nasi paprik..eh tak, ko igt kedai makan semua nak kena ada. tp yg menganjurkannya mmg pengusaha pemakanan pun, segala jenis menda yg melibatkan makanan dia buat. Aku nak jemput kawan2 semua pasal ibubapa aku terlibat secara langsung dalam rumah terbuka ni, kira tumpang2 kawan la buat rumah terbuka ni, tp apakan daya, Port Dickson kini sesak dgn org luar-yg-bkn-bole-ngundi-pun-sebuk-jek-bikin-semak-menyusahkan-tuan-umah-nak-keluar-masuk-umah-sendiri..sudahnya org p.d sendiri tak dapat nak menghadiri rumah terbuka kami ini, jadi kehadiran tetamu sedikit hambar ah, makanan? hmm tapau la ape lagik.



 sateyss



 natey's




 demo sateyss yg sungguhhhh lembuts. Gigi palsuer jgn berani2 utk mencoba.




port kitorg spt biasa, tepi meja buffet, hohoh..dan disebelah, kuarga kecil kami.on sight cik tudung merah dan pa'an

psst: 1st entry aku yg ada byk gambar dan diupload dgn kadar sgt segera...hahahahha..entry  yg sebelum yg ini  masih belum mendapat 'sun'nye lagi utk aku bebelkan..jd tgu la ye,ada gmbr gak tu.tp belum di adjust lagi.

07 Oktober 2009

Anda Gatal?? Saya ada tukang garu..terbaik asia ok!



Tukang garu terbaik asia sumbangan Dr.Rabiaxbetulsikit.
Terima kasih atas hadiah yg sgt bermakna ini,akan saya pastikan ianya digunakan pada tahap termaksima mungkin.
Menggaru sampai letih terjelir.
Tengok lama2 mendaalah ni dah macam anak buah aku plak.
Haahahahahah

TCA

Salam,
Susah betul kan bila berurusan ngan sistem yg diuruskan oleh manusia?. Kenapa aku cakap macam ni? Hehe, biasalaa, ada la menda yg aku tak puas ati tu karang. Tp takpe la, kalau tak jadi pada diri sendiri, takde la ape yg nak dijadikan bahan bualan nanti. Tak gitu? huhu~~. Citer dia begini ye encik2 makcik2 nenek2 semua.


Semalam, bersamaan 06hb Oktober 2009, aku ada TCA dgn doktor yg merawat aku. TCA tu maksud dia to come again, aku pun baru tahu semalam masa main sms ngan jururawat yg merawat aku masa aku lepak wad dulu. Oh lupa, aku mempunyai hubungan yg baik dengan nurse2 yg pernah merawat aku. titik. haha. Sebelum TCA yg semalam ni aku sudah pun pernah menghadiri TCA yg pertama iaitu sebulan sebelum yg semalam ini, dan pada TCA yg lalu hya pertemuaan biasa bersama doktor dan sedikit perbualan katak, dan sesi melanjutkan cuti sakit, itu sahaja, dan aku dikehendaki TCA lg pd semalam, dan kerani yg berada di klinik Doktor itu menyatakan yg TCA akan dtg akan melibatkan acara meng'x-ray', jadi aku diminta mengambil dulu GL (guarantee letter) di kaunter sebelum meneruskan temujanji kerana GL yg ada akan tamat tempohnya menjelang TCA yg akan datang. Dengar sgt mudah kan? pergi kaunter dan ambil GL yg baru. 


Tp, yg terjadinya adalah, semasa aku ingin memperbaharuinya semalam, "encik,GL encik dah expired,jd encik nak bayar sendiri atau macamana?" kata kerani yg terlibat. Ewahhh..celah mana aku nak bayar sendiri, xray pya kos aje dah setgh bulan gaji aku kot, tarak2, aku mintak pilihan lain, "lagi satu cara encik kena pegi medical centre kat tempat kerja encik dan mintak GL"..hah?? lg satu gila bab1, kedatangan aku ke hospital itupun dgn belas ihsan org yg sudi menghantar, lagi kau nak suruh aku buat kerja gila ni? Dah la jauh, aku tanya lagi pilihan tambahan, ada, bincang ngan doktor tahan wad sehari dan masalah selesai. Alahaiii..kenapa la tak bagitau awal2, merosakkan hati aku je memaki di dalam hati. Jadi oleh kerana kesilapan teknikal paling bongok pernah aku alami, makanya aku skrg sedang menunggu panggilan dari pihak hospital untuk masuk wad. Pasal ape, bulan posa dah lepas, jd hospital kehabisan katil dan bilik utk diberikan pada pesakit yg dah tak berapa sakit macam aku ni kerana telah di penuhi dgn pesakit yg terkena serangan akibat terlebih makan lemang dan rendang dan air manis2 barangkali. hohoh~~~

04 Oktober 2009

Ouchh..(uuu..sungguh gay)

Salam,
Semalam jadi lagi, terjadi lagi akan perkara yg aku takut selama aku bergelar pesakit, pesakit yg patah hampir kesemua bahagian kaki kanannya, yg membawa dari pinggul ke lutut. oohh..apalah daya aku utk mengelak semua itu dari berlaku. Ikutkan hati ingin sahaja aku melompat kemana-mana sahaja, tp aku bukan kanggaro mahupun katak kodok ataupun kutu babun. Jelas sekali penggunaan tongkat ini byk kelemahannya,
  1. Anda tidak boleh berlari apatah lagi menari-nari tarian pandet ketika menggunakannya.
  2. Anda tidak bole memanjat bukit yg curam atau jungle trekking ketika menggunakannya.
  3. Anda tidak kelihatan cool ketika mengorat kwn2 gadis adik anda yg dtg beraya ke rumah.
  4. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam,terutamanya bas.ikal.
  5. Anda tidak boleh nak poyo2 pegi tgk wayang pasal kebanyakan pawagam bertangga dan gelap,sila cuba kalau anda sudah tidak ingin hidup lagi.
Itu lah sedikit sebanyak yg boleh aku kongsikan kepada kalian yg masih belum pernah bergelar okus, tp bukan itu topik utamanya, yg sebenanrnya aku.....

TERGELINCIR dan nyaris2 tergolek!!

tp tak kesah la aku tergolek ke tidak, yg pasti akibat kejadian tersebut yg disebabkan oleh muncung tongkat hikmat aku telah mendarat dikawasan yg licin-berair-di-atas-lantai-dapur-umah aku, maka aku telah hilang keseimbangan dan aku telah menggunakan kaki kanan aku yg patah itu utk membantu aku utk terus kekal berdiri dan akibatnya, sentapan pada kepala lutut aku yg aku rasa inilah pertama kali aku rasa sakit gila ya Allah, sehingga menyebabkan aku mencampak tongkat aku dan melompat2 ke bilik dan berguling di atas katil.




uuu, kempunan lontong aku pagi itu,kerana ketika kejadian berlangsung, aku sedang memegang semangkuk penuh lontong yg aku terliurkan dari tgh malam tadi tp tak dapat nak makan pasal dah penuh perut ngan sate. Hah, ape lagi selepas kejadian itu aku terus merajuk dgn diri sendiri dan terus tido memandangkan aku dari malam tidak tido maka senang la tido, dalam dok mengaduh2 tu tanpa disedari aku dah lena. Aku trauma utk ke dapur lagi, dan aku rasa bersalah ngan ma aku pasal aku jawap acuh tak acuh pelawaan beliau utk makan, dan baru malam td selepas magrib baru aku menjamah makanan. (kalau buat selalu bole mengecil tak saiz tubuh badan kita, kalau ye nak buat selalu ah)


Oklah semua, aku pun sekadar berkongsi jek, bukan la nama aku mengeluh ke ape ke, pasal ini semua bahagian aku, dan aku kena tanggung semua ini dgn sabar dan terus melaksanakan perintahNya, dan kepada anda di luar sana, ingatlah, setiap yg berlaku ini sebenarnya ada hikmah yg sgtttt besar. Janganlah anda bersedih keterlaluan sehingga mempejudikan batas2 norma kehidupan kita yg bertamaddun dan beragama ini. Jangan jadi kurang ajar sehingga tidak kenal mana yg hak dan mana yg batil..Barakallahuliwalakum..


Ps: Saje je selit yg perenggan last tu, bg korg insafff..muahahahah  


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails