Kempen Semasa

Kempen Semasa

15 Mei 2010

Blogathon

Salam,

 Terus menerus dari Port Dickson bandar koboi takde kuda hari ini akan berlangsung blogathon yang tak tahu bila akan bermula dan bila akan berakhir. Dikesempatan ini juga kami ingin mengadakan peraduan sempena kemasukan yang ke 101. Kerana tak perasan kemasukan lepas adalah yang ke-100. Walaubagaimanapun peraduan apa belum dapat kami pastikan, cuma sekadar mengada-ngadakan cerita agar ia tampak lebih menarik, tapi apa yang pasti peraduan ini tidak ada penaja yang ingin menaja hadiah. InsyaAllah mana tahu selepas terbaca kemasukan ini ada yang bermurah hati ingin menyumbang apa-apa yang bole dijadikan hadiah. Kami terima semua, walaupun ianya sejenis sayur.

 Untuk tidak melengahkan lebih banyak masa, dan sebelum pc ini diambilalih semula oleh tuannya yang 18 jam sehari mengadap fesbuk dan segala fes yang ada, adalah dengan ini saya melancarkan BLogathon 101. Sila ambil perhatian, segala kemasukan yang akan disiarkan adalah kesah benar, anda dilarang untuk mengumpat lebih-lebih, nanti masuk neraka. yes, adapun moral yang terselit. ok sekian. Jumpa lepas makan nanti. Lapar weh, kepada ustaz pokok cili, esok ada site tak? 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails