Kempen Semasa

Kempen Semasa

18 Jun 2010

Kontena Untuk Dijual.( Dihentikan sementara waktu kerana pembekal hilang)

Salam,
Haha, gempak tak tajuk? Itu baru tajuk, belum korang baca isi dia lagi. Entry kali ini memang di kira sebagai iklan sepenuhnya, khas buat pemilik-pemilik tanah terbiar tapi malas nak buat rumah, pelarian akibat dihalau keluarga sendiri, pemilik-pemilik syarikat-kecil-baru-ditubuhkan-tak-cukup-modal-nak-beli-pejabat, pemilik rumah kecil-tetapi-laman-besar-nak-meninggal-nak-renovate-tak-cukup-modal-anak-anak-tidur-berhimpit-sampai-salin-spender-pun-tak-senang dan sesiapa sahaja yang ingin merasa duduk dalam kontena macam pendatang-pendatang tanpa izin dalam cerita 'Transporter'. Sebarang pertanyaan akan dilayan, tapi aku takde formspring untuk korang berseronok-seronok bertanya bukan-bukan. Korang ni bukan betul kadang-kadang. Tambah-tambah lukut dengan miNt, cik pingu pun aku syak akan terlibat. Cikgu Syad siguru B.I jangan sesekali anda terpikir untuk turut serta.

 Cukup dengan pengenalan, di sini disediakan konon-konon e-catalog, tapi aku tak letak harga confirm dulu, nanti aku kemaskini harga dari semasa ke semasa, oh ya, penghantaran percuma, macam iklan 'sengeng'.."firi diliviri pakcikkk" (goyang-goyang sikit pale tu). Kejap, korang paham tak ape yang aku cerita dari atas tadi tu? Aku jual kontena ni, bukan container tupperware tu tau?. Ok, dah paham bagus, kita lihat gmbar pulak.


Ini contoh Kontena 20kaki, aku cilok alibaba.com punya gambar.
RM 4*00
Nak buat ape?? buat simpan kereta piang pun lepas ni. Simpan guni Sekam untuk buat tanam pokok cili pun bole.


Ini contoh Kontena 40kaki, dia panjang seganda dari yang atas.
RM6*00

Jangan tanya aku nak buat ape, aku tau jual je.



Ini contoh kontena kabin,dah siap ada tingkap dengan pintu.
20ft RM5***
40ft RM7*** 
(yang ini nanti aku update balik)
Korang tengok, boleh buat sekolah tamil korang tau tak, kalau beli 2 boleh buat sekolah cina, takde la kerajaan bankrap nak buat sekolah baru. Saje buat poliwak. Tapi serius, untuk buat bilik atau rumah sementara memang sesuai, eh, nak kekal pun appadahal, tapi buat atas tanah korang la, jangan jadi Israel pulak pergi rampas tanah orang ni. Tak senonoh tau tak. 



Ini pulak kontena berpeti sejuk (Kontena Refer) . Refridgerated Container kata orang eksyen macam Lukut.
20ft RM6*00
40ft RM9*00


Kontena ni sejuk, mayat-mayat untuk budak-budak medic buat training kerat-kerat ikat-ikat potong-potong, diangkut guna kontena gini ah selain ikan-ikan import dari alaska untuk dijadikan sardin Marina..haha..aku tembak je, tapi betul la,takkan nak naik bas pulak kan? Tapi yang mayat tu betul. Kegunaannya untuk orang biasa?? Entahlah, buat simpan udang galah borneo untuk disupply ke semenanjung Malaysia pun aku rasa cun ni. hehe


 Setakat ini dahululah ye iklan kontena kita kali ini, kalau ada apa-apa info terkini aku kemaskini balik entry ini, nanti aku buat sticky, senang capai, alah, aku tau korang pun lepas ni tanya mesti yang pelik-pelik punya, siyes la sikit wei, bila lagi melayu nak tolong melayu..hahah

Salam Tapau

22 ulasan:

sab berkata...

hahaha. amboi amboi amboi.



dah kaya jual kontena nanti boleh la belanja! wakaka~

Days berkata...

eh.orang nak seriyes dh nih.mane ade tanye main2.tp dh tuduh2 td kan.xjadi la nak tnye.baibai.hehe

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

wahahahahaha....inilah melayu tak kira duduk mana, baik di malaysia maupun di jepun pakaimodeska..tak sempat meniaga lagi dah mintak belanja bila dah kaya..hahaha...kalau kaya,kalau seri kaya?

hahaha..days, sudaa laa anda..sejauh mana keseriyesan itu? adakah seseriyes anda menekan pedal minyak keta andas berlumba dgn mamat vivarian yg buat isyarat peace pada anda?wahaha

awchak berkata...

layan je laaa..jd tauke kntena plak diaa..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

wahahahaha..nanti bole pos anda balik kg pakai kontena jek..wahahah

ABU SYAFI berkata...

Salam.mana dapat kontena tu?betul ke free delivery?

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

salam en.tajul ariffin...yup free delivery la pasal dah masuk sekali dgn harga kontena..kontena setakat ni amik kat bandar baru sultan sulaiman klang dulu, lepas2 ni baru amik dari kuantan dan pasir gudang kot. Tapi sekarang stok dalam 6bijik je lagi rasanya. nak tgk kena dtg klang dan berhubung dgn org yg terlibat secara langsung..saya iklankan jek

Tanpa Nama berkata...

salam bro.. tanya boleh ke hantar kontena ke Johor Bahru?

nizamJB

Appadahal Design berkata...

boleh je, tapi stok dah abis utk tahun ni...tgk tahun depan macamana..

Tanpa Nama berkata...

salam..agak2 bila nk ade stok ni de?

bole taka order tanpa kulit dia (structure aje)

Thanks.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

owh..kalau yang tu kena order kat kilang la kot..tak tau plak bole beli monocoque dia je..

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,

dah ada ke stok kontena tahun ni.. boleh ke beri saya detail harga untuk 20ft kosong dan juga 20ft yg dah siap jadi kabin... ni no tel saya 0167146443 nizam frm JB.. Thanks

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

salam encik nizam, maaf bang, dari awal tahun aritu tiada khabar berita dan feedback dari pembekal dah.. saya syak dia dah tukar no tipon. dan sebarang email saya usulkan kat pihak diorg tak berjawap. mintak maaf ye bang.

Mazhar Worldwide berkata...

Salam, saya ada membekal used container / reefer container / cabin & new cabin...jika anda inginkan container dan cabin saya boleh support stock di P.Gudang, Johor / Port Kelang / Butterworth.

Nama Company: Mazhar Worldwide
Nama: Azhar
H/P: 012-7237078 & 019-6661906

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

cantikk...terima kasih bang..

Tanpa Nama berkata...

Aslkm...Sy nak cari kontena disebelah kedah/perlis ada tak?
T.kasih

iDAN berkata...

Kontak saya 03 8737 1884 Kontena yang boleh di hantar di Kota Bharu Perak iDAN

Unknown berkata...

Assalam,sy ad mnjual kabin 24kaki siap toilet,rm2800 baru digunakn selama 8buln (like new) pm sy tok ktrgn lnjut 0133600071.

Unknown berkata...

Salam..saya mencari contena 20 kaki di johor.tolong whatsapp ke 0108
019798(urgent)

Unknown berkata...

Boleh bg contact..or whats app sy kat no 0177403277

amy anissah berkata...

Kalau minta antar ke Sandakan, sabah bolehkah?

Dhil Engineering @ DhilReefer berkata...

Refer Container:-
Carrier, Daikin 40'ft 20'ft (Price TBA Send Your email to dhilreeferservices@gmail.com for quote)
Lowers Price in the market

Checks me on http://www.dhilreeferservices.blogspot.com
http://www.dhilcontainer.blogspot.com
http://www.dhilreefer.blogspot.com

Dry-Van GP Container:
20'ft GP RM3800.00 To RM4300.00 without refurbishment
20'ft GP RM4400.00 To RM5000.00 full refurbishment 100% like new

Dry-Van GP Container:
40'ft GP RM5500.00 To RM5800.00 without refurbishment
40'ft GP RM5900.00 To RM6500.00 full refurbishment 100% like new

Need custom made ?
Call me for more details
come to my own depot on westport@pulau indah.
Address dhilreefer services, Jalan sungai pinang 5/1 pulau indah klang.

call or whatsapp
0187652032 fadhil

Google me as "dhilreefer" and you will found me worldwide.

wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails