Kempen Semasa

Kempen Semasa

14 November 2009

Semalam Di ENSTEk

Salam,
Wohoo, dah 4bulan aku tak lepak umah sewa aku ni, dah macam kedai potong kereta dah ghoman eh, sampai-sampai je depan pintu pagar, korang akan disambut dengan permandangan persis kedai motor, motor 2nd utk dijual, moto org hantar utk direpair, moto sedia utk ditunggang dan moto tunggu sparepart-baru-bole-jalan. Motor aku takde dalam senarai pasal motor aku sedang berada di wad menjalani rawatan seperti aku, cuma kesiannya motor aku itu, beberapa urat dawainya telah putus dikerjakan oleh seorg pakar Airbus demi utk menghidupkannya dan bergerak seperti biasa tanpa diusung atau ditunda. Terima kasih pakar. haha. Kalau rasa busan nak baca jgn klik sini.



 Masuk-masuk je dalam rumah, hmm, ini la part paling best, sampaikan ada seorg cina datang ke rumah membeli rim sukan kereta seorang rakan menyatakan "u ni 'runner kedai potong' ke?", mungkin dia merujuk pada bonet kereta yg tersandar pada jenang tingkap dan karburetor kancil serta barang-barang myvi dan beberapa lagi mendalah yg pada asalnya mendiami pada sebuah atau beberapa buah kereta barangkali. Dan, ruangan dalaman juga macam kedai sparepart motor sebenarnya, dengan susunan pc yg sgt strategik kedudukannya, saling tak tumpah macam khas untuk memantau pergerakan keluar masuk stok simpanan, susunan topi-topi keledar yg terkini di pasaran dan mempunyai spesifikasi perlumbaan, memang tidak dinafikan lagi, inilah satu-satunya rumah di ENSTEK yang berperanan sebagai 'Rumahku Workshopmu'. Itu belum masuk jumlah petias yang kami miliki, 4 kesemuanya, tapi 1 dah jual, 1 dah kena campak keluar, dan 1 di buat almari menyimpan dokumen. Hanya 1 sahaja yang digunakan, pada hakikatnya petiais yg dicampak keluar itu lebih berguna bila ada acara menyimpan barang beku, tetapi petiais yg cantik tapi-hampeh-tak-sejuk-pun juga yg menjadi pilihan, tak guna!. Tengok, diskriminasi berlaku pada setiap benda, jadi pada yg huduh tu, kita berdoalah semoga huduh akan menjadi cantik yg baru.

Tak mengapalah ini bukan cerita huduh, ini cerita rumah sewa aku, sepeninggalan aku memang berubah banyak rumah ini, di tambah pula kemasukan ahli baru, perghh, barang2 dia la yg mempadatkan rumah, syhh, jangan bagitau dia, nanti dia merajuk lari tido masjid plak. Kalau tido masjid pastu setiap waktu dia berjemaah, memang baguslah, Mawi, ko jangan report, aku bawak lari head lc ko nanti. Aku takut ni, hahah. Jadi aku pun ambillah kesempatan untuk mengemas bilik aku, dan melipat segala kain baju yg memenuhi katil tak bertilam aku tu, dan bila masuk ke bilik air membuatkan jantung ku tercopot dari soketnya, ada soket ke jantung?, macam tandas awam tanpa bayaran daaa, aku gagahkan diri bersama 'easy on bang' mengilatkan kembali kepingan-kepingan jubin dan mangkuk tandas yg sudah berkerak, hampir 2jam aku berada didalam bilik air, tersenyum puas aku bila aku sudah bisa bersila diatas lantainya dan mula bermain air. Sebenarnya main air yg lama, dan aku tak tahu berapa ramai yg sanggup menyeluk tangannya ke dalam jamban dan memberus menggunakan berus tangan memandangkan berus jamban sudah relai bulu-bulunya. Hoho, cabaran bukan? tp bukan bg aku, aku takde perasaan geli pun utk menda sedemikian, adakah aku patut bekerja dengan indah water konsortium? oh tidakk, hanya jamban rumah sahaja ok.

Panjang pulak cerita tak best ni, tp itulah, akhirnya aku dapat rasa balik duduk rumah sewa mcmana, rasa kemalasan nak keluar pegi cari makan yg menyebabkan anda makan cuma sehari sekali dan rasa malas nak bangun dari tilam walaupun subuh dah hampir berlalu, dan mandi 2 hari sekali sahaja sekaligus menjimatkan bil air, dan penggunaan dapur gas yg sangat minima sehinggakan sebuah tong gas boleh digunakan lebih dari setahun, hoho. Bujang Senang betul. Tapi seorg dah kawin, tinggal lagi 4, dalam yg 4 tu, sorg heboh nak kawin, tak sedar diri betul. hahah. Sudahlah, mengumpat2 ape dapat? nak kena sebat? marilah menunaikan solat, assolatukhairumminalblogging. Sekiann..

Salam

10 ulasan:

zielalala... berkata...

tua kutuk xsadar diri ni pencacai najis di dalam rumah ini..hahaha..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

kurang haja..hahaha..lainkali letak la petikan dari filem mana..cis..

Cik Tudung Merah berkata...

mesti tilam umah sewa ko best kan sampai nepsu untuk makan & kua umah amat minimal.share la gamba tilam tu..leh bikin ziana zeng jeles...

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

owh..nanti aku ambilkan gmabr..kekepaman dan keempukkan dia tu menggamit2 ko tau tak..maklumlah tilam 'hak kerajaan',mcm ko tak tau plak penangan dia..hahaha

singkong panggang berkata...

ko da boleh jalan tanpa tongkat ah?

cane gaya ko berus jamban tu eh?

taleh nk imagine..


;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

ape ko nak gayakan plak..amik berus,berus je la..alahaii, taik je pun mint..lagi pun ko flush la 2-3 kali bagi hilang was2 menda2 yg berketul dah tiada dari pandangan..hahah

singkong panggang berkata...

tenuk.
bukan ak ckp pasal tu.

ak taleh nk imagine cane ko berus jamban ngn kaki ko tu.

duduk bersimpuh ke, cangkung ke,berus jamban sambil berdiri tegak ke, sambil breakdance ke...

kaki ko da ok ke?

;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

membongkok je la..vongok,dah tentu aku tak bole nak mencangkung,tp masa aku berus yg tepi2 tu aku bersila atas lantai..hahah

Unknown berkata...

lenguh aku..haha..aku tanak report..kang aku tambah lagi cerita dia..hahaha.
sanggup dia menggunakan tandas yang aku dan jiran bilik aku cuci, daripada dia mencuci tandas diatas..haha. skang dah jadi balik malas masak air... malsa nak tegur dah...kang haku beli jer yang dah siap. simpan setok..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

elok..simpan sorg satu tong dalam bilik,abis p isi..abis p isi..hahaah..dia dah nak sehat nanti..dia kan dah makan ubat mahal tu..aku dalam dilema ni nak join ke tak..huhuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails