Kempen Semasa

Kempen Semasa

08 November 2009

Jalan Sambil Lalu Ke Melaka (Destinasi Xde Bajet)

Salam,
Seploh hengget,doploh hengget,3posen, yaa, dgn rm20.30, destinasi xde bajet kali ini akan membawa kita ke negeri..



MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Destinasi xde bajet kali ini akan membawa kita berjalan-jalan sambil lalu ke sekitar bandar melaka tanpa singgah di mana-mana. Dengan bajet sebanyak rm20.30, destinasi xde bajet akan menunjukkan kepada anda yg kita masih lagi boleh berjalan ke destinasi bukan pilihan kita tanpa mengeluarkan sesen pun. Klik sini utk mengikuti pengembaraan kami



Destinasi pertama, Kuala Sungai Baru.
Memandangkan rakan saya ingin turut sama pergi memistikkan diri bersama isteri beliau, maka saya telah mensarankan agar dibawa diri ini bersama, dan sehari sebelum kejadian khidmat peniup seruling bambu telah digunakan untuk menikam angka giliran di rumah perubatan alternatif yang biasa saya kunjungi. Perjalanan dari Port Dickson membaham masa hampir sejam, memandangkan pemandu dalam keadaan rilep, tetapi setelah dikejutkan dengan seruan alam di hujung-hujung perjalanan, pemanduan telah menjadi amat menggerunkan, mujur tak tercirit penumpang yang lain, syukur pada Yg Maha Esa kerana masih memberi kesempatan pada pemandu untuk melepaskan hajat tepat pada masa dan 'tempat'nya. Selesai hajat yg satu itu, tiba pula giliran hajat utama, sangat-sangat tepat masanya, angka giliran kami diseru, maka inilah lawatan paling singkat pernah dilakukan di rumah perubatan alternatif ini, tidak sampai 15minit menanti sudah tiba giliran kami. Terima kasih pada pemegang angka giliran sebelum kami kerana gagal menghadirkan diri. Jumlah perbelanjaan setakat ini, RM20.30 - RM0 = RM20.30

Destinasi kedua,
Melaka Raya, Bandar Hilir, Menara Taming Sari, Mahkota Parade,?Padang Pahlawan? ke Desa Pahlawan, Pahlawan Melaka 5 Bersaudara? Lupa pulakk, maaf tak bole nak cut, pasal takde bajet nak roll lagi sekali.
Jadi setelah selesai urusan selangkah ke alam mistik di Kuala Sungai Baru tadi, sekarang masanya untuk kita 'u'-turn ke arah bandar Melaka, memandangkan pemanduan sudahpun menuju  ke Port Dickson pada ketika itu. Dengan sekali cubaan sahaja godaan isteri pemandu agar pemanduan ditujahkan ke arah Melaka kerana hendak melihat Mahkota Parade berjaya. Sayang  isteri nampaknya si pemandu ini, dan saya dilibatkan kerana isteri beliau membangkitkan isu kaki patah-kau-tak-buat-ape-kan-kalau-duduk-rumah?, err tak guna, ekk pun tak guna, maka ikut sahajalah ke destinasi bukan pilihan kita yg kedua ini.
Setibanya di pantai klebang, pemandu telah dikelirukan dgn persimpangan 'lahabau' yg telah menyebabkan kami sekereta menempuh jalan sempit-lagi-sesak-tak-tau-ape-kenama-dia, siap ada kiosk menjual coconut shake original klebang di pinggir jalan yg sesak itu, menambahkan lagi suasana sesak yg sedia ada.

Seterusnya kami menuju ke arah 'i' on Melaka, nama ni sengaja dicipta kerana kami tidak berjaya menghampiri kawasan tersebut untuk berkenalan dengan lebih lanjut malahan kami semakin menjauhi menatang hawau tersebut. Oh lupa, kami terpaksa menggunakan dialek percakapan orang Melaka untuk mengelakkan di'pow' kutu berahak tempatan. Pencarian jalan yang lurus kami telah diganggu oleh sistem Jalan Sehala, 'u'turn di hadapan kalau terlajak serta papan tanda yg sama pada setiap simpang, mentekedarah kejadahape betul perancangan bandar ini.

Itu dia rupa menatang hawau itu, hanya mampu diambil dari jauh, ini pun ambil orang lain punya, saya google sahaja kerana tidak sempat nak mengambil gambar sendiri menggunakan telefon bimbit canggih berkurap saya ini, maklumlah perjalanan sambil lalu, jadi tiada penyinggahan yang berlaku di sini.
Jumlah setakat ini, RM20.30 - RM0 = RM20.30

Setelah kembung memakan langsat atau bahasa kesatnya SESAT, kami telah dipertemukan pula dengan mercu tanda terbaru bandaraya bersejarah Melaka, iaitu Menara Tamingsari, apekejadah ntah naik mendaalah itu sambil berpusing, harap-harap berbaloilah para pengunjung yang naik atas tu sambil melihat keindahan kesesakan jalanraya sekitar bandar hilir dan mahkota parade dan bangunan-bangunan lama yang reput menanti roboh disekitarnya serta penambakan pinggir laut yang semakin berkembang pesat, mungkin kerana kehabisan tanah dipenuhi bangunan-bangunan bersejarah yang sedia ada. Disebelah menara tersebut, kami dikejutkan dengan pusuan orang ramai ke arah sebuah bangunan yg agak 'lowered, terdedah di bahagian atas dan sesak dibahagian bawah, seingat saya dahulunya ia adalah sebuah padang besar yang ada tugu kereta lembu bersama lembu yang saling tak tumpah seperti patung penyembahan berhala zaman firaun dahulu, mungkin kerana hidayah telah sampai ke dalam hati para pemimpin mereka makanya mereka mengambil pendekatan untuk membangunkan kawasan tersebut dengan menempatkan pelbagai ruangan jualan jenama-jenama terkemuka dunia serta pusat kautan riba' membabi buta para kapitalis yang geram akan kekayaan dunia. oops.

Jumlah setakat ini RM20.30 - RM0 = RM20.30

Sepanjang perjalanan merentas dataran pahlawan itu, haa, dataran pahlawan, boleh lupa pula sebentar tadi nama bangunan ini. Dalam keasyikan melihat perangai seketul-seketul manusia yang tekun mengadap segerombolan kumpulan motor bagak dan tuan-tuan punya motor yang muka ketat eksyen macam org nak culik motor dia itu, ekor mata terpancing akan sebuah pacuan 3roda yg sangat meriah, ewahhh, ada radio lagi kau, ni meriah-meriah gini nak pegi mana mak ngah? Sungguh tak faham, siapakah yang mendambakan hiasan sebegini rupa? apakah seni sudah terlalu abstrak sehingga langsung tidak boleh difahami kini? owh,bermelolong kami di dalam pacuan kami.

Ape ni?? Lagu yg dipasang pula bukan calang-calang, bisa menaikkan semangat puak pelampau kafir lahanat untuk mati demi berhala agungan mereka. Nasib baik dalam hati sahaja segala sumpahan yg berlaku, rosak hati saya. Maaf.

Sembang banyak perut pun lapar, jadi satu tempat makan ni telah menarik perhatian saya, tp apakan daya, kita sekarang berada dalam lawatan sambil lalu, maka diulang sekali lagi, tiada sebarang penyinggahan akan dilakukan, melainkan untuk acara menyahut seruan alam.


Maka jumlah kita setakat ini,
RM20.30- RM0 = RM20.30

Maka berakhirlah destinasi xde bajet kita kali ini, segala perbelanjaan minyak dan mentekedarah saya ditanggung beres oleh isteri tercinta si pemandu. muahahah. Siapa kata duit takde tak bole nak melencong, tp dgn syarat yg begini ah. Oh lupa, kat melaka juga ada disediakan perkhidmatan feri pantas untuk ke seberang, sape nak cari maid hantar balik maid yg malas keja, keja nak bergayut bercinta ngan laki org je, boleh la gunakan khidmat pengusaha feri pantasla sangat ni.

Sekian destinasi takde bajet kita kali ini, bertemu lagi kita di episod seterusnya dengan destinasi bukan pilihan lain yang bakal memberi tips-tips dan info berguna sepanjang percutian dengan bajet yg ciput atau tiada langsung. Salam bajet.

8 ulasan:

singkong panggang berkata...

hahahaha..;DD

marah benor.

;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

Marah eh? hahahaha..

Unknown berkata...

aik...lawatan sambil lalu ni satu je ke gambo nyer?... hahaha... xpe2.. pas2 ni kta buat yang bajet punyer lak... tapi tetap macam xder bajet punyer trip... dengan modal xsampai rm200.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

bukan satu je la mawi,ko kena klik kat tajuk dia,baru berjela keluar cerita dia..aku lupa lak nak tulis kena klik tajuk..huhu

Precious berkata...

Sapa kata tak derk wit tak leh jalan, kan! kwang kwang kwanggg!!

Cik Tudung Merah berkata...

dengar nye malam tadi acara jalang-jalang carik makang ye.bile entry tu nak kua pulak..ngeeee~

Unknown berkata...

jalang jalang dok dang nok cari makang. doh kene baling ngan pinggan.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hahah..mane mung tahu gu? dok kene baling ngang pinggang,buoh pinggang ambe kene baling..tu yg dok jadi nok nyinggoh tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails