Kempen Semasa

Kempen Semasa

21 November 2009

Grand Opening Warung Mak Yah @ ma aku!

Salam, 
Hari ini Grand Opening Gerai No.10 Mak Yah Nasi Dagang, bukan gerai yg ke 10, tapi gerai tu bernombor 10, haha, gempak je lebih, Mak Yah @ Ma aku adalah seorang peniaga tegar, seorang pencari duit yang sangat komited, demi untuk menyara anak-anak yang besar gajah sekor-sekor. Oleh kerana makanan adalah keperluan utama untuk semua, jadi ma aku meniaga makan, jadi tak payah la susah-susah beli makanan untuk anak-anak, bagi sahaja makanan apa yang dijual. Bijak kan? dan sebab itu jugalah badan seko-seko macam gajah. Aku tak, aku anak gajah. Haha. Sila klik sini kalau nak tengok gajah.

Sebenarnya kan, hari ini, pada sebelah pagi tadi, telah berlangsung acara makan-makan sarapan sampai pengsan  kat gerai ma aku tu, kira macam kenduri doa selamat sempena pembukaan gerai lah, masalahnya sekarang, aku lupa nak keluarkan entry sebelum hari kejadian, makanya ramailah pakatan aku dari PD tidak mengetahui akan hal yang mulia ini. Ampunnn. Alah kalau aku bagitahu pun, berapa keping sangat pun yang sudah memisahkan jasadnya dari tilam dan bantal busuk mereka itu? Haha, menjadi tak cubaan aku untuk mengaku tidak bersalah dalam hal ini? Alaa, jangan la sedih, esok datanglah, tempat kejadian di tapak pasar PD lama kat bandar Port Dickson, Gerai No.10, nanti aku letak gambar kartun Ben 10 untuk menjadikan ianya lebih mudah dikenalpasti, tapi esok korang kena bayar apa yang korang makan la, bengkok la perniagaan kami kalau hari-hari makan percuma.

Untuk mengakhiri promosi ini, aku dengan bangganya mengajak korang bersarapan di warung Mak Yah sepanjang cuti sekolah ini, dan nikmatilah penangan air tangan ma aku yang sudah lebih 28 tahun memberi makan orang-orang sekitar Port Dickson, dan sudah ramai juga memperolehi cahayamata setelah menikmati juadah-juadah yang ma aku sediakan, sehinggakan 3 generasi berturut-turut telah mem'follow' pergerakan atas tanah ma aku ini. Maka dengan ini aku mencadangkan 'Jadikanlah Warung Mak Yah sebagai pilihan utama lokasi sarapan anda!' . Oh lupa, makanan yang kami sediakan adalah kebanyakannya dari jenis 'gomo klate gomo', tp telah diremixkan dengan 'hobin jang hobin ver.9' maka terhasillah makanan yang mampu merangsang setiap sel homoglobin rakyat kedua-dua negeri ini. Yang kelate tok kecek pasal pedas dan yang nogori tak berbua pasa manih, keseimbangan rasa ini telah mengeratkan lagi silaturrahim antara puak-puak tersebut dan sekaligus meredakan isu kejadian buruk yang telah berlaku di stadium Bukit Jalil minggu lepas.

Silalah ke Gerai Ben 10 kami ya kawan-kawan sekalian, sila lihat peta yang di sertakan di sini untuk menikmati pengalaman yang mungkin bukan sekali dalam seumur hidup anda. Koordinat lokasi juga akan disertakan bagi yang mempunyai gadjet canggih seperti inspektor gadjet, oh ya, inspektor-inspektor juga ramai yang datang, baik inspektor polis, inspektor perubatan dan inspektor ticket bas. Jadi sila simpan semua senjata merbahaya anda di rumah, terima kasih.

Untuk Penetapan GPS =  Latitude        2°31'24.06"N
                                         Longitude  101°47'41.53"E


View Larger Map

p/s: hujung Jalan Pasar ada satu bangunan bumbung kelabu..gerai tersebut terletak di dalam bangunan itu..heheh..Macam korang nak datang plak..hahahah

14 ulasan:

yg agaK cOmeL=P berkata...

keCoh je Lebih..ahaha..pssstt cek abg yg bmuKa ketat & maNis..blaNja La i maKan kaT waRung Mak Yah sKaLi..tp Nak raSa maSakan HaSiL aiR peLuh taNgan cek aBg..ahaha..
sKaLi kena peLempaNg pdn muka^.^..

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hahaha..tau takut..wakakak...tp baru je bercadang2 nak bg makan air tangan i..hikhik..i celup tangan dalam mangkuk pastu kasi pelempang penuh kasih sayang satu kat idung u..amcam? berminat tak? nanti i bawak u la neh,tahun depan ok..hahaha

singkong panggang berkata...

hahahaha..;DD

patutlah ko berkenan sungguh kat yah ak.

nak nama same ngn mak eh?

hahaha;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hahaha..bukan pasal itu..mak aku nama fatimah..takde kaitan pun..hahah..pastu yg pasal yah tu pasal dia bole cakap cina,pastu dia pelajar cemerlang sekolah jenis kebangsaan plak tu..wauu...menerujakan..hahaha

Unknown berkata...

woi... senyap jer x ngajak pung... dah la buat open house raya waktu org luar x blh masuk PD... huhuhu... terpinggir sungguh org2 enstek...

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

aiseh..lupa..hahaah..padanla rasa lain macam..rupa tak bitau teman2 lelaki aku..aku pun tak pegi mawi..aku tido je kat rumah pasal malam tu aku merayau sampai pagi dgn kancil.

Precious berkata...

Anak gajah, berniaga disukai Islam. Ko pun berniaga juga kah? Semoga perniagaan mak ko laris sehingga dapat buka restoran suatu hari nanti, bolehler aku akan free ... Amin!!

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

anak gajah dia panggil akuu..huuuu..melekat jugak nama ni karang..haha..saya meniaga jgak,tp perniagaan saya merugikan selalunya,nak makan free dtg la umah,jgn dtg gerai.haha..bawak buah tangan sama.

singkong panggang berkata...

hahahaha..;DD

anak gajah meniaga perniagaan "hujung hilang pangkal lesap".

tp dia peniaga jujur..;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hahaha...ko simpan pepatah lama ko tu mint,sebelum aku patah2kan lappy jurassic kau tu..jujur didunia selamat diakhirat..tak gitu anak monget?

nadia ala tomei tomei berkata...

wahh..nasi lemak yang mcm dulu tu ade x? i loike!

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

nassi lemak yg sentiasa macam tu je la pun..tiada yg lain..haha

singkong panggang berkata...

kurang ajer.
jgn ko brani2 sentuh lappy jurassic ak.
ak puji ape tu, ko peniaga jujur.
hahahahaha..;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

pujian kau menimbulkan seribu persoalan..membuatkan org menjadi sceptical mcm kauuuu...hoho

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails