Kempen Semasa

Kempen Semasa

17 Januari 2011

Telo,Telur,Teloq,Kole mutek.

Salam,
Macam biasalah, kalau dah artikel yang bermanafaat macam ni semestinya hasil usaha kopipes la kan. Kali ni kita cerita pasal telo plak, aku bangga. hahaha

10 Health Benefits of Eggs :


1. Eggs are great for the eyes. According to one study, an egg a day may prevent
mascular degeneration due to the carotenoid content, specifically lutein and zeaxanthin.   Both nutrients are more readily available to our bodies from eggs than from other sources.

2. In another study, researchers found that people who eat eggs every day lower their risk of developing cataracts, also because of the lutein and zeaxanthin in eggs.

3. One egg contains 6 grams of high-quality protein and all 9 essential amino acids.

4. According to a study by the Harvard School of Public Health, there is
no significant link between egg consumption and heart disease .  In fact, according to one study, regular consumption of eggs may help prevent blood clots, stroke , and heart attacks .

5. They are a good source of choline.
  One egg yolk has about 300 micrograms of choline. Choline is an important nutrient that helps regulate the brain, nervous system, and cardiovascular system.

6. They contain the right kind of fat.  One egg contains just 5 grams of fat and only 1.5 grams of that is saturated fat.

7. New research shows that, contrary to previous belief, moderate consumption of eggs does
not have a negative impact on cholesterol.  In fact, recent studies have shown that regular consumption of two eggs per day does not affect a person's lipid profile and may, in fact, improve it.

Research suggests that it is saturated fat that raises cholesterol rather than dietary cholesterol.


8. Eggs are one of the only foods that contain naturally occurring vitamin D .

9. Eggs may prevent breast cancer . In one study, women who consumed at least 6 eggs per week lowered their risk of breast cancer by 44%.
10. Eggs promote healthy hair and nails because of their high sulphur content and wide array of vitamins and minerals.   Many people find their hair growing faster after adding eggs to their diet, especially if they were previously deficient in foods containing sulphur or B12.

11 Januari 2011

Beliau Blogger Terhebat.

Salam,

Ini kalau tau kat sheikh pokok cili yang sedang gering aku join contest anjuran Cik Lumut ni mau dia 'nasihat' aku sebakul ni, Usrah tanak pegi, orang sakit tanak melawat, menda macam ni rajin pulak dia melayan.

Untung dia nasihat pasal tau aku join contest ni, kalau dia tau aku main poker kat fesbuk selama ni ko rasa ape tindakan dia? haha..

Back to topic, aku selalu curi-curi masuk baca entri emo lumut, tapi kadang-kadang aku curi-curi masuk tengok gmbar dia petik-petik buah kat negara kiwi tu, kemas-kemas hotel, orang cekeding jek, tapi macam membela saka plak ko mut tengok ko mengemas bilik hotel tu. haha.. Tapi ini serius, aku jarang la masuk blog dia pasal nak baca rentetan-rentetan kisah duka dia, tak berapa nak masuk jiwa kalau bab-bab jiwa luka ni.

 Tapi dia rajin, rajin hapdate blog, sambil-sambil ngemas bilik pun dia bole karang entry kot? sana ada wifi di mana-mana eh mut? Haha, apa-apa pun semoga ko sentiasa kuat dan kalau petik buah, petik lebih-lebih bawak balik bagi kat aku, nanti aku tggu kat airport. Tapi ini contest bukan pasal dia, dia tak bagi pilih dia, dia suh teka org lain, aku dah teka dah,smpai 2 jawapan aku bagi, punyalah penamak nak baju auk-land tu, lupa nak bgtau, hadiah dia baju dari nz..smpai skarang aku dok kompius nz ngan auckland tu bukan satu negara ke?

Syarat nak join contest kena buat entry pasal kita join contest tu, dengan itu aku telah dipaksa untuk membuat entry kalau nak join contest tu..hahah..pastu ada slogan pulakk..kalah peraduan milo la ko mut. slogan dia berbunyi gini.  "blog esoksemalam tak cukup hebat macam blog TERHEBAT tu kerana blog tu ada gambar tengkorak pegang stering dan kalau belum solat tak bole baca blog dia.."


Dah la, aku tak sehat ni, dah 4ari demam, kelmarin xlarat angkat tangan, semalam muntah,arini charade berair,ni pun kejap-kejap kejang, dah macam orang kena sawan plak aku ha..Aku ingat aku nak mati dah, tapi lepas masuk bilik air dia jadi lega plak. haha..


Tata..jangan mara haaa..


p/s: mut, baju aku kalau saiz mat saleh, xl pun bole, hahahaha...tp aku teringin nak pegi sana lebih dari baju tu, ko balik bila?

07 Disember 2010

komo vu...

Salam,
Bonjour...

Hari ini aku kena hantar pergi kat perancis,
Bukan kat negara perancis,
tapi kat tengah-tengah orang negara perancis,
Airbus punya pakar turun buat kerja kat workshop aku.

Jadi sebagai manusia yang terbiar tiada menda nak disuruh,
Ot pun sebulan aku tolak bulan lepas (pasal takde sape offer),
maka dengan secara mengkhinzir buta ketua-ketua aku telah menyenaraicerahkan nama aku
sebagai calon yang tak berapa sesuai untuk pergi berurusan dengan manusia-manusia tak reti cakap
bahasa melayu itu.

Makanya, 
seperti biasa,
hero dambaan aci-aci cleaner ni mana reti menolak cabaran remeh camni,
aku sahut cabaran,
bahasa melambangkan bangsa,
tapi masalahnya,
Malaysia pun dia tak kenal sebelum ni,
apatah lagi melayu,
bahasa melayu lagi la haram jadah dia tak pernah dengar.

Maka terpaksalah aku menggunakan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda aku,
pada setiap hari Rabu masa sekolah-sekolah satu ketika dulu,
Jangan dipikirkan sangat la kosa kata kejadah ape suma tu,
Manusia perancis tu pun bukan reti sangat pun,
sebut abc pun tak berapa betul,
lagi teruk,
tulisan pun buruk,

Pastu, 
apekejadahnya aku cerita kat sini?.
Aku nak cerita,
yang bahasa inggeris kita masa sekolah rendah dah cukup untuk bawak kita pergi mana-mana,
tak payah la nak beriye sangat,
nak pakai kat dunia je pun,
tambah-tambah kat Malaysia
bahasa syurga nanti pakai bahasa arab,
mungkar nangkir pun soal pakai bahasa arab nanti.
Aku nak belajar bahasa Arab.

Sheikh,kaifahaluka?
haha

Bon voyage, salut!!

30 November 2010

Silaturrahim

 Rasulullah s.a.w. bersabda : "Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah atau ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia selalu menghubungkan silaturrahim". (Sahih Muslim)


aku nak mintak maaf kat semua-semua yang rasa aku macam dah nak transform jadi tanggang, insyaAllah aku cuba utk tidak menyibukkan lagi diri ni ngan dunia sgt. Waktu senang sebelum susah, waktu kaya sebelum miskin, waktu sehat sebelum sakit, waktu lapang sebelum sempit, waktu hidup sebelum MATI.


Sedekah-sedekah la Al-Fatihah utk aku sama, jangan la kemut sangat neh..bukan kena bayar pun..ok?..


Salam Silaturrahim.

21 November 2010

Kongsi-kongsi mana yang patut.

Salam,
Alang-alang dah lama tak update ni, 
aku update menda yang bermanfaat sikit la eh,
macam biasa, 
kopipes dari email,

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. 
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.Bukan begitu.. Tetapi 
ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah 
2Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya : 

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah. 


Keterangan:


Yang dimaksudkan dengan 
mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. 
Lisan wanita 
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, 
hatta suami pun kena sumpah. 
Contoh 
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi 
bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. 

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"
Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: 
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah 
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW 
: "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. 
Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" 
c. 
Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Sedekah juga termasuk:

1. 
Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril a.s setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. 
Memberi salam.

3. 
Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Manis kan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. 

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

03 November 2010

bergurau puleee.

Salam,
Aku ingat orang je pandai bergurau menabur janji palsu segala,
sekali lappy aku pun terre bai..
Seminggu lepas dia bagi harapan kat aku macam dia dah sehat walepatliat,
ternyata lakonannya berjaya,

Dan kini telah seminggu,
seminggu aku kekusutan,
menagih simpati lappy orang lain untuk update status fesbuk dan layan mudah.my,
sheikh ks suh aku update pakai email jek,
a'ah ye lah, 
penting sangat plak cerita-cerita mengepet aku kan?
haha, tapi banyak cerita lawak pasal orang berlagak pandai dan eksyen ni,
macam budak sekolah darjah 5 dapat patung mask rider black dia punya eksyen.

Geram nak menendang pun ada gak,
tapi ari sabtu lepas ada tournament bola inter department,
aku try sepak bola,
tak payah,
kaki aku yang ke belakang,
memang saje cari pasal,
penyudahnya,
aku lepak bedal bekalan makanan dan minuman untuk pemain jek. 
Pasukan kitorang menang,
menang..gung kekalahan 4 game stret,
takde belas kasihan,
langsung.

sudah lah..selamat malam.
Salam.

26 Oktober 2010

iyaahuuuuu...

Salam kembali,

Akhirnya aku kini boleh bersiaran kembali dari umah,
Dengan liputan internet yang tak berapa laju tapi ok la tak payah kongsi ngan beribu-ribu orang,
tak macam kat tempat aku simpan periuk nasik aku,
berjambang aku menunggu nak loading page,
page ok, belum aku bukak berpages-pages.

Apa-apahalpun, terima kasih pada rakan serumah aku yang bapak rajin,
siap download manual cara-cara untuk membarai lappy ni,
dan dengan rajinnya dia membaraikan untuk aku juga,
sampai la menda ni sihat walepatliat balik,
tapi,
untuk berapa lama aku tak pasti, 
pasal kalau ikut standard amarika,
model ni dah bole simpan dalam peti kaca,
buat pameran.

ok sekian.
esok kalau aku rajin sikit lagi aku hapdet ape dah jadi kat aku sepanjang bulan aku tak hapdet ni.
nasib la takde undang-undang tak update blog kena saman,
kalau tak dah keluar waran tangkap kot aku ni.
perghh, mengepet-ngepet dah ni.
sheikh,
ada sehat?? inspira dah booking? hikhik.

Salam bersiaran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails