Semalam,
Hari yang sangat padat dengan aktiviti kemasyarakatan,
Pagi-Tengahari : Ngadap Pc carikan tiket untuk bapak indon nak balik bandung pasal bapak dia masuk icu..
(tapi hampeh, line company, biase ah)
Waktu Rehat Tengahari : Bagi balik passport kat bapak tu pasal tak dapat nak proceed booking, aku suh dia p airport je beli.sedih kejap muka dia
Lepas Waktu Tghari - Petang : Bapak kepada bapak indon tu dah meninggal. Al-Fatihah, terus bergegas siap-siap p LCCT nak p beli tiket untuk malam tu jugak. Alhamdulillah, tak jauh beza dari beli on9. Pastu hantar dia balik umah untuk bersiap, pastu hantar balik LCCT. Nasib baik tak bole beli tiket tu tadi. Ada hikmah rupanya...kalau tak burn.
Maghrib - 8.30mlm : balik opis balik sambung ot, hikhik.Meeting pulakk kat opis, nak buat reshuffle shift katanya. Abis semua geng-geng Appadahal terbarai.
8.45 - 930mlm : Pegi airport jumpa cik pingu, pasal malam tu dia nak balik Jepun, sambil-sambil bagi ole-ole buat dia rindu ketat-ketat kat Malaysia. Salam sayonara cik pingu duduk la anda sensorang ngadap pingu busuk tu..wahaha..pastu tinggalkan dia terus gerak p Nilai
9.45 - 11.30mlm : Sampai Nilai pulak p amik 'protege' bawak p makan-makan kat Mcd Nilai yang baru, sambil-sambil tunjuk kat orang sabah yang kat Nilai ni bukan ada satu je McD, tapi ada dua, eksen. Bagi-bagi hadiah, sebelum dia kembali ke Sabah esok pagi, setelah selesai, lalu aku pulang ke pangkal jalan.
12.00tgh malam - 1.30 pg : Ngadap lappy install driver printer nak buat cetak baju, haram jadah tak bole, laptop buat perangai, dah jem, pasang Ruqyah kuat-kuat terus naik tido.
p/s :(oh ye..aku buat printing baju sekarang..no minimum order..masa aku buat entry ni, laptop kawan aku dah restorekan siap-siap masa aku kat tempat kerja tadi, dan printer telah berfungsi seperti yang sepatutnya, dan demo telah dilakukan. Terboikk.. Laptop dah ok, Printer dah ok, mesin buat cap atas baju ok, dan baju yang di buat test piece ok. Maka dengan ini, bermulalah aktiviti mengecap baju t-shirt dengan design yang bukan-bukan tanpa ragu lagi. Place your order now, as seen on babelbedal.blogspot.com)
salam cetak,