Kempen Semasa

Kempen Semasa

26 Ogos 2010

Ramadhan Punya Cerita

Salam,

  Waktu kerja original untuk shift malam adalah pada jam 1930, 'log in' dalam 1900++, pekerja cemerlang, kena datang awal balik lambat. Nak 'log in' ni kena masuk opis tekan nombor kat keyboard, 'log in' 'log out' ni takde kena mengena ngan logaritma yang buat aku kantoi paper math dulu. 'Log in' ni kira macam punch card, tapi e-punch card, zaman sekarang, semua nak 'e', (kalau solat bole 'e', aku rasa ramai yang sign up jadi ahli, dem.) satu cara nak jimat kertas, ink dan mesin punch yang selalu jahanam disumbat kepingan-kepingan logam dengan harapan bila mesin punch jahanam kita tak payah datang awal lagi dah. Tapi pemikiran-pemikiran tahap buruh binaan pemalas ni sayur-sayur je pihak pengurusan counter, kalau tidak, takde la namanya eksekutip semua-semua kat atas tu. Tapi kena ingat, nak jadi pemalas kena bijak, kalau tidak, manjang kena maki. Kena maki hari-hari pun silap-silap boleh mati.

  Motif aku bercerita pasal 'log in' ni adalah kerana kelemahan ketara sistem bangang ni, oleh kerana dia 'e' jadi semua org seboleh-boleh tak nak lewat, masa aku eksiden dulu pun, dalam kepala otak aku masa kejadian adalah nak kejar 'log in', nak di jadikan alasan kenapa aku laju, itu je. Iman nak kena jaga, qada' dan qadar telah pun ditetapkan, kenapa dan bagaimana, semua tu hanya penyedap ayat nak buat report kat manusia sekeliling. Oleh kerana sistem ni ada kelemahan, iaitu sesiapa sahaja boleh tolong ketukkan no. kod kawan-kawan, makanya sistem ini akan di mansuhkan, setelah pemasangan kamera litar tertutup yang lensanya dah tertutup akibat aktiviti pengecatan yang dilakukan dalam premis kerja itu tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, kejadah hape lagi nak guna menatang tu, sampai ada manusia dok buat vandalisma pergi tekan pemadam api depan kamera pun tak bole nak cam muka lagi. Jadi oleh kerana sebab itu, mungkin, pihak atasan telah mengeluarkan idea lebih kurang beras keluaran Bernas dengan mencipta pas pekerja berelektronik, dengan harapan, tiada siapa lagi boleh ketuk mengetuk untuk kawan lagi di masa hadapan. Pasal data akan direkod sebaik sahaja anda meng'swipe' pas kat pintu masuk, ala-ala touch 'n' go. Harap-harap ada versi smart tag, malas betul nak beratur.

  Ingat, nak jadi malas kena bijak, jadi kalau taknak paksa otak tu untuk jadi bijak, buat la macam orang normal yang lain, kadang-kadang malas tu ok la, tapi kalau dah hari-hari malas tapi nak ot dari rumah, aku pun marah, bukan kompeni je marah. Sebenarnya aku nak cerita aku pun terlibat dalam acara passing-passing  no.kod ni, pasal bulan-bulan Ramadhan gini ni buka puasa kat masjid di tempat kerja adalah kaedah yang terbaik untuk berjimat sebelum raya, takde keja nak masuk pergi log in, pastu keluar balik nak pergi masjid untuk berbuka, tenaga hujung-hujung waktu tu elok digunakan untuk beratur amik juadah. Kot dekat macam pergi jamban dalam rumah boleh la nak diusahakan. Tapi takpe kot, pasal masjid masih dalam premis lagi, bukan kat masjid Shah Alam sana.

Contoh orang buat-buat bijak dan buat-buat rajin.

18 Ogos 2010

Kisah Sedih Bulan Ramadhan

Salam,
 Lagi kisah sedih, berita terkini yang aku dapat dari Tuan Sheikh Pusat Pembangunan Jiwa Pokok Cili dan Kawalan Racun Serangga (KS) dalam perbualan talipon semalam, menyatakan yang KS musnah dilanda ribut. Hampir 2/3 dari pokok cili yang sedang lebat berbuah menunggu hari untuk tukar kaler menjadi merah dan sedia untuk dipetik terbarai akibat ditibai ribut dan hujan lebat serta banjir kilat. Manakala fasa yang baru disemai sebanyak 9 barisan, kini tinggal cuma 1 baris, satu baris ada hampir seratus beg anak pokok cili. MaashaAllah.

  Dengan nada cool Tuan Sheikh mengatakan ada pokok cili hanyut sampai ke kolam, dengar je kolam aku terus nganga. Bayangkan, dari tapak pokok cili tu ke kolam ada dekat 50meter plus minus, dan saiz pokok cili ada la dekat-dekat saiz budak baru nak belajar berposa dan sedang lebat berbuah, yang mana rekod menyatakan dek kerana kelebatan buah-buah cili tersebut, pokok boleh patah. Humang ai, ini kalau orang-orang biasa kena dugaan macam ni, mahu bukak puasa masa azan Zuhur dia punya kecewa.

 Hari ini lepas lawatan ke doktor peribadi aku, ingat nak singgah kejap la, nak buat aftermath. Dijangka kerugian dia mungkin bernilai sebuah Proton Satria NEO Campro CPS. Dijangka. Tapi dari penceritaan yang didengari memang sangat dasyat, kes anak pokok hanyut pertama kali dulu dikira macam anak-anak je. Yang masa anak-anak dulu tu pun dah boleh buat main 'kuda longkang' dia punya deras, kalau kali ni punya deras, aku rasa Perodua sesumpah aku pun bole beralih rasanya. Walaubagaimanapun aku ingin mengucapkan takziah pada semua warga kerja KS, semoga anda lebih tabah menghadapi hari-hari seterusnya. Kepada Ketua atau sesiapa yang berkenaan Jabatan Pertanian tempatan anda dijemput untuk memberikan peruntukan yang sepatutnya dengan kadar segera. Terima kasih






Bayangkan bila cili dah besar-besar gini, pastu tunggu merah je, ada pokok tu buah cili dia lebar rim stended kancil.
tsk tsk tsk.. Innalillah
Salam Takziah.

15 Ogos 2010

Peristiwa 1Ramadhan

Salam,

 Wohoo..serius cuak, bukan masalah cuak takut terbuka posa akibat terliur air oren twister masa tengahhari ke ape, tapi ini menda mistik, benda yang tidak aku jangka berlaku pada bulan-bulan Ramadhan gini. Kejadian berlaku selepas berbuka dan setelah semuanya sudah selesai mengusap perut. Begini kisahnya adik-adik.

 Pada suatu malam pada 1 Ramadhan, di mana ketika itu masing-masing terponteng solat Tarawikh kerana jadual kerja pada minggu itu jatuh pada shift malam, aku telah di minta oleh seorang rakan yang kesakitan tulang belakangnya untuk diurut, sudah 2 malam dia merengek-rengek suruh aku usik dia. Tapi malam-malam sebelum aku buat tak dengar, mana taknya, aku urut tapak kaki dengan bekam boleh la, tapi bila dah masuk bahagian-bahagian lain, mahu jadi tikus aku karang.

 Tetapi demi untuk tidak menghampakan permintaan rakan-rakan, ditambah pulak hari-hari aku akan tengok muka dia, makanya aku pun ajak dia pergi surau dengan gadget minyak but-but dan krim but-but keluaran HPA, setelah selesai menegakkan tiang, aku pun memulakan ritual, mula-mula baca ayat-ayat biasa sambil mengurut, gosok-gosok belakang, lepas lama tu aku rasa macam dia pindah-pindah sakitnya, aku usik sana sakit, usik sini sakit, mula tu kat tengah tulang belakang je, sekarang ni kat belikat kiri ada kanan ada, pinggang ada, merasakan ada sesuatu yang tak kena, aku mula mengalunkan ayat-ayat hafazan form 1 sampai form 5, ditambah dengan ayat-ayat syifa' yang aku tahu.

 Mula tu ok, pastu nampak macam dia ngantuk gila, aku baca lagi. Sekali badan dia bertukar warna merah la deii, mengeras macam nak jadi 'hulk', padahal org dia sekeping jek, tebal sikit dari playwood je. Bila dah jadi macam tu, aku baca la kuat sikit, dia menggigil la pulak, kali ni dah macam nak mengganas, dia dah mula genggam penumbuk, dia tumbuk lantai surau, yang aku ni pulak dah cuak takut kena tumbuk. Dalam cuak-cuak tu aku tersasul baca ayat al-Falaq, ko tau ape dia buat? dia jeling aku pastu gelak. Perghh..Kurang sopan betul. Pas dah rasa macam dia dah cool sikit dan warna kulit dah tukar jadi asal, aku terus tamatkan sesi, aku tanya dia dulu sebelum lepaskan tangan dari belakang dia, takut gak kot tak ok lagi, bersilat dia kat situ kang aku nak tepis pakai ape, dah la aku nak bangun pun amik masa 2minit, memang jadi lauk je aku masa tu.

 Lepas dah rasa semua selamat, aku tanya dia, dia sedar ke masa dia gelakkan aku salah baca tadi? Dia cakap dia tak sedar. Wah, ini bahaya,  pastu aku tanya lagi, ape ko rasa tadi? Dia kata dia rasa kuat sangat, dan rasa macam nak tumbuk aku. Hahah..kan betul sangkaan aku, nasib dia boleh kembali ke bentuk asal, tapi dia menggigil-gigil lagi, tangan aku pulak merah, muka aku merah.Meremang-remang rasa macam ada menda dok pegang kepala aku. Nak kena pergi amik ijazah ni. Nampaknya aku dikelilingi orang-orang yang penuh mistik.Jadi Tuan Sheikh, apa pandangan tuan dalam perkara ini?.

 Lepas tengah malam sikit tu kawan aku datang balik kat aku, dia bagi testimoni, dia cakap lepas menda tu jadi tadi, dia rasa kaki dia ringan gila, kalau tak sebelum tu jalan seret kaki, rasa kaki tu berat lepas bangun tidur dari 2 hari lepas. Mimpi kena terkam la, kena tindih la. Mungkin pasal dah nak masuk Ramadhan kot. Tapi entah la. Tak sampai lagi ilmu tu. Hehe. Sampai sini jelah, dah nak Subuh dah ni, kejap lagi kang nak keja pulak, mana port nak landing gak eh kejap lagi, bulan-bulan posa gini kerja siang tu rasa ngantuk dia tak boleh nak dibendung kadang-kadang. Sampaikan penyelesaian dia tinggal 1 macam je, iaitu TIDO. Jadi selamat menjalani ibadah puasa dengan selamatlah semua-semua ya?. Mintak maaf sangat-sangat pada Tuan Sheikh pasal terpaksa menundakan pertemuan akibat tuntutan kerja. Nanti aku amik cuti ye Sheikh.

Salam Ramadhan Kareem

10 Ogos 2010

Kemasukan Pertama Julung-Julung

Salam,

Tajuk macam berkait dengan isu haiwan kan? Tapi ternyata tiada penglibatan seekor binatang pun, waima seekor lalat, lipas mungkin akan di sebut penglibatannya sekali dua dalam kemasukan kali ini tetapi masih bukan watak utama. Ah, cerita banyak tak guna mari kita teruskan penerangan tentang kejadah apakah tajuk berkenaan dengan entry ini.

  Sejak aku melaporkan diri ke pangkuan majikan semula, ini adalah julung-julung kalinya aku dapat mengemaskini blog aku. Aku pun tak tahu nak bagi alasan ape, sibukkah?, tidak berkesempatan sangatkah? Namun apa yang pasti, sesibuk atau selapang mana pun anda, kelancaran isyarat internet memainkan peranan yang sangat utama dalam acara begini, dan boleh aku katakan kelepuan aku berkait rapat dengan masalah tersebut selain memang masalah aku yang agak pemalas.

 Niat hati ingin cuba bersiaran dari tempat majikan, tapi sayang, talian kat sana macam shilake. Masa aku senang tiada kerja yang aku mahu sentuh, talian macam shilake, masa aku buat-buat sibuk mengadap komputer pun, talian tetap begitu jugak, abis macamana? Dah la 3/4 hidup aku sehari-hari dihabiskan kat tempat majikan aku yang lokasinya terasing dari kepesatan pembangunan sosial. Nak ponteng lari dari kerja pun masing-masing berfikir 3 4 kali, selain memikirkan ketidakberkatan pendapatan, kebosanan mengadap muka kawan-kawan sekerja yang asyik bercerita cerita yang sama hari-hari pun di ambil kira jugak.

  Makanya, inilah yang terjadi, blog terabai tanpa belaian kasih seorang lelaki gagah dan berani bertulang besi berlutut dawai. Kasihan wanita-wanita yang dahagakan perkembangan terkini lelaki itu, nasib baik ada talian yang boleh tahan mantap dirumah sewa,dapatlah juga nak meninjau-ninjau laman orang walaupun tiada kesempatan untuk berblog, dan aku tak tahu dah bila lagi aku dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan usrahku di Pusat Pembangunan Jiwa Pokok Cili dan Kawalan Racun Serangga atau ringkasannya KS itu. Maaf sahabat-sahabatku, akan ku cuba untuk mencuri sebanyak masa yang mungkin, dengar khabarnya Sheikh pusat tersebut sedang uzur sekarang, sedih hati ini mendengarkannya. InsyaAllah ada kelapangan akan aku cuba untuk mengikhtiarkan sesuatu. Bersabar ya Sheikh. Sesungguhnya pokok cili yang sedang lebat berbuah itu patah dan keuzuran tuan ada hikmahnya.

  Masa sudah tamat, jadual masa senggang sebelum kembali ke premis majikan terlalu padat dengan jadual menyedut darah pesakit. Dalam masa seminggu ini sudah berapa ramai darahnya aku sedut, semoga mereka beroleh kesembuhan yang total dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Ameen. Buat saudari SZ, semoga perjalanan anda lancar dan terhindar dari sebarang masalah. Selamat kembali ke tanahair. Konichiwaaa. Mata e mashoo. Oh lupa. Marhaban Ya Ramadhan, mana yang tidak mungkin mengalami menstruasi itu berpuasalah ya.


Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



Salam Ramadhan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails