Kempen Semasa

Kempen Semasa

28 Jun 2010

Lesu? Ingin penyelesaiannya? Meh dekat!

Salam,

 Oleh kerana penjualan kontena tidak mendapat sebarang sambutan, jangan kata sambutan, soalan berkaitan pun tiada langsung. Jadi aku ingin beralih ke penjualan barang yang lebih kecil dan mampu milik tetapi masih berkait dengan kontena. Memperkenalkan 'KOYOK KAKIKAUBUSUKTAK', saudara tiri kepada 'Kinohimitsu Foot Patch' tetapi jauh lebih murah dan jauh lebih kecil, haha. Tapi amat berkesan bagi sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan dengan toksin dalam badan dan masalah not ringgit dalam poket.

 Cakap banyak tiada berguna andai diri tidak menduga, nak pos boleh, nak c.o.d. pun boleh, tapi ni kang ramai la yang pergi gugel cari sendiri konon-konon. Kamonn men, tak eksyen kamen la kalau tak mencuba beli yang aku jual. Nanti kalau korang nak meniaga sendiri kang pergi la cari supplier besar plak. Buat masa ni bantulah dulu kami peniaga-peniaga melayu tanpa lesen ni dulu.

Aku jual 1set 10keping je,malas nak layan beli dua-empat keping, bila nak kaya jual sekeping-sekeping, ini pun aku syak ramai yang mintak test dulu. 'No free sampling please', hidup ni antara berani dengan tidak je.Amacam?

Harga bukak RM20(termasuk penghantaran) = 1set (10keping) cukup untuk 5malam.

Kalau datang jumpa aku ambil sendiri kat rumah aku bagi harga istimewa 'BOik Punya' tapi tak boleh bagitahu kat sini, nanti semua pakat-pakat sebuk nak bertemujanji dengan aku pastu kencing tak datang.

Gambar ini merujuk kepada benda yang aku ceritakan tu. Kang ada yang ternganga-nganga kesengalan tak tau ape kejadah gambar ni berada di sini.
*bahasa dia agak macam lahanat, translate pakai gugel gamaknya, dah macam vcd cetak rompak punya subtitle plak. bengong. eh, bahasa indon ke? haha

 Itulah mendanya pun, aku mengharapkan ada khabar yang menggembirakan. Lupa pulak nak cakap apa kaitan dia dengan kontena, menda ni dihantar guna kontena dari negara pengeluar, itu je. Dalam aku menaip ni aku sedang memakai sepasang di tapak kaki, sepasang di bahu, sepasang di pinggang dan sepasang di dahi. ok aku tipu, mahal weh nak pakai banyak-banyak sekali.aku pakai kat kaki je dulu, nanti-nanti agak dah macam kufur nikmat sikit aku cuba la pakai kat merata-rata tempat. Pasal toksin pulak, korang boleh gugel sendiri eh. Rasa macam poyo pulak nak bercerita macam bagus-bagus pasal toksin. Kimia kot result cemerlang takpe jugak nak bercerita, ini amik pun tidak. Tapi nak beritahu ni, toksin dengan toksik ada kena mengena, tapi tak pulak aku kaji habis perbezaan dia, yang ketara sekali ejaan dia la. haha, aku cuba untuk membuat kelakar. jadi tak?

ok ah, agak-agak dah berani kang tinggalkanlah pesanan kat komen. agak segan email ah. iffat.chcs@yahoo.com, macam la aku jual peralatan seks nak segan-segan bagai. rentikan.

Salam Tampal

25 Jun 2010

Ini kisah sedih ok. Jangan nak gelak sangat.

 Salam, 
   as usual, i'm copy-pasting an email, today is wednesday, wednesday is english day, (wednesday      abah kau)..hahaha. who talking in bm pay 10sen per word.


      While a man was polishing his new car,
      his 4 years old son picked up a stone
      and scratched lines on the side of the car.

      In anger, the man took the child's hand
      and hit it many times not realizing
      he was using a wrench.

      At the hospital, the child lost all his fingers
      due to multiple fractures.

      When the child saw his father.....
      with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'
      The man was so hurt and speechless;
      he went back to his car and kicked it a lot of times.

      Devastated by his own actions......
      sitting in front of that car he looked at the scratches;
      the child had written 'LOVE YOU DAD'.
      The next day that man committed suicide. . .

      Anger and Love have no limits;
      choose the latter to have a beautiful, lovely
      life & remember this:
      Things are to be used and people are to be loved.
      The problem in today's world is
      that people are used while things are loved.

      Let's try always to keep this thought in mind:
      Things are to be used,
      People are to be loved.

      Watch your thoughts; they become words.
      Watch your words; they become actions.
      Watch your actions; they become habits.
      Watch your habits; they become character;
      Watch your character; it becomes your destiny.

      I'm glad a friend forwarded this to me as a reminder..
      I hope you have a good day no matter what problems you may face 

18 Jun 2010

Kontena Untuk Dijual.( Dihentikan sementara waktu kerana pembekal hilang)

Salam,
Haha, gempak tak tajuk? Itu baru tajuk, belum korang baca isi dia lagi. Entry kali ini memang di kira sebagai iklan sepenuhnya, khas buat pemilik-pemilik tanah terbiar tapi malas nak buat rumah, pelarian akibat dihalau keluarga sendiri, pemilik-pemilik syarikat-kecil-baru-ditubuhkan-tak-cukup-modal-nak-beli-pejabat, pemilik rumah kecil-tetapi-laman-besar-nak-meninggal-nak-renovate-tak-cukup-modal-anak-anak-tidur-berhimpit-sampai-salin-spender-pun-tak-senang dan sesiapa sahaja yang ingin merasa duduk dalam kontena macam pendatang-pendatang tanpa izin dalam cerita 'Transporter'. Sebarang pertanyaan akan dilayan, tapi aku takde formspring untuk korang berseronok-seronok bertanya bukan-bukan. Korang ni bukan betul kadang-kadang. Tambah-tambah lukut dengan miNt, cik pingu pun aku syak akan terlibat. Cikgu Syad siguru B.I jangan sesekali anda terpikir untuk turut serta.

 Cukup dengan pengenalan, di sini disediakan konon-konon e-catalog, tapi aku tak letak harga confirm dulu, nanti aku kemaskini harga dari semasa ke semasa, oh ya, penghantaran percuma, macam iklan 'sengeng'.."firi diliviri pakcikkk" (goyang-goyang sikit pale tu). Kejap, korang paham tak ape yang aku cerita dari atas tadi tu? Aku jual kontena ni, bukan container tupperware tu tau?. Ok, dah paham bagus, kita lihat gmbar pulak.


Ini contoh Kontena 20kaki, aku cilok alibaba.com punya gambar.
RM 4*00
Nak buat ape?? buat simpan kereta piang pun lepas ni. Simpan guni Sekam untuk buat tanam pokok cili pun bole.


Ini contoh Kontena 40kaki, dia panjang seganda dari yang atas.
RM6*00

Jangan tanya aku nak buat ape, aku tau jual je.



Ini contoh kontena kabin,dah siap ada tingkap dengan pintu.
20ft RM5***
40ft RM7*** 
(yang ini nanti aku update balik)
Korang tengok, boleh buat sekolah tamil korang tau tak, kalau beli 2 boleh buat sekolah cina, takde la kerajaan bankrap nak buat sekolah baru. Saje buat poliwak. Tapi serius, untuk buat bilik atau rumah sementara memang sesuai, eh, nak kekal pun appadahal, tapi buat atas tanah korang la, jangan jadi Israel pulak pergi rampas tanah orang ni. Tak senonoh tau tak. 



Ini pulak kontena berpeti sejuk (Kontena Refer) . Refridgerated Container kata orang eksyen macam Lukut.
20ft RM6*00
40ft RM9*00


Kontena ni sejuk, mayat-mayat untuk budak-budak medic buat training kerat-kerat ikat-ikat potong-potong, diangkut guna kontena gini ah selain ikan-ikan import dari alaska untuk dijadikan sardin Marina..haha..aku tembak je, tapi betul la,takkan nak naik bas pulak kan? Tapi yang mayat tu betul. Kegunaannya untuk orang biasa?? Entahlah, buat simpan udang galah borneo untuk disupply ke semenanjung Malaysia pun aku rasa cun ni. hehe


 Setakat ini dahululah ye iklan kontena kita kali ini, kalau ada apa-apa info terkini aku kemaskini balik entry ini, nanti aku buat sticky, senang capai, alah, aku tau korang pun lepas ni tanya mesti yang pelik-pelik punya, siyes la sikit wei, bila lagi melayu nak tolong melayu..hahah

Salam Tapau

16 Jun 2010

Ingin Berdiet? Hehe



Salam, kali ni entry kopipes je yang sempat aku buat, kemain sibuk plak musim-musim world cup ni, padahal bukan tengok pun..wahahah..lepas tu, aku pun belum habis baca artikel ni, korang rajin korang baca la, aku sempat baca perkataan diet yang dia buat pakai sayur tu je baru. Nanti korang cerita kat aku eh. wahaha


diet-in-veggies-reduced.jpg
Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Tidak dapat dinafikan, pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan dipasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?
Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D’Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB dan O.

Diet untuk Golongan Darah A
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengahari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba.

Diet untuk Golongan Darah B
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba.

Diet untuk Golongan Darah AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan dari jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi.

Diet untuk Golongan Darah O
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D’Adamo ataupun tidak.

Salam Diet

11 Jun 2010

Cacing dan Murid-murid



Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan 
arak.

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK!

Pengajaran : Cakap biar teghang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee










01 Jun 2010

Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel

Laknatullah...bikin panas betul manusia bijak pandai kononnya tu..merosakkan keamanan dunia...cis

Sama-samalah kita buat ape yang termampu, jeles pun ada jugak ni. Berharap diri ini yang berada di atas kapal itu..

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.


Walaupun kita tidak sekerap pejuang pembebasan Palestin bersuara memperjuangkan nasib mereka di Tebing Barat,
walaupun kita ini berkempen secara bermusim,
walaupun kita ini hanya mengikut orang lain,
walaupun kita tidak tahu apa-apa perkembangan semasa apa yang terjadi,
walaupun kita ikut beremosi bila sudah keluar media,

Sekurang-kurangnya bila hati kita yang keras ini dapat dilembutkan dengan keadaan yang ditanggung oleh mereka itu sudah cukup untuk menunjukkan kita ini masih lagi berperasaan dan berperikemanusiaan, bukan sahaja kerana mereka itu saudara seIslam kita, tapi kerana mereka itu manusia.

Percayalah, jika ditanya pada ibu-ibu para syuhada' itu, pasti mereka berbangga kerana anak mereka syahid, malah mereka tidak keberatan untuk melahirkan lebih ramai lagi pejuang Islam. Maka bukan ratapan yang harus kita berikan pada mereka tetapi kutukan terhadap kekejaman Rejim Yahudi Zionist laknatullah.

Tunjukkan sokongan anda terhadap kempen kami blogger picisan menentang kekejaman israel dengan meletakkan salah satu logo di bawah di header blog anda.


    Terima kasih pada saudara mofasadalvin untuk logo-logo tersebut dan cikpingu sabariah kerana mencetus kempen ini. walaupun ini nampak kecil tapi biarlah kita lakukan sepenuh hati dan bukan kerana paksaan atau ikut-ikutan.

'Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails