Salam,
Ini kalau tau kat sheikh pokok cili yang sedang gering aku join contest anjuran Cik Lumut ni mau dia 'nasihat' aku sebakul ni, Usrah tanak pegi, orang sakit tanak melawat, menda macam ni rajin pulak dia melayan.
Untung dia nasihat pasal tau aku join contest ni, kalau dia tau aku main poker kat fesbuk selama ni ko rasa ape tindakan dia? haha..
Back to topic, aku selalu curi-curi masuk baca entri emo lumut, tapi kadang-kadang aku curi-curi masuk tengok gmbar dia petik-petik buah kat negara kiwi tu, kemas-kemas hotel, orang cekeding jek, tapi macam membela saka plak ko mut tengok ko mengemas bilik hotel tu. haha.. Tapi ini serius, aku jarang la masuk blog dia pasal nak baca rentetan-rentetan kisah duka dia, tak berapa nak masuk jiwa kalau bab-bab jiwa luka ni.
Tapi dia rajin, rajin hapdate blog, sambil-sambil ngemas bilik pun dia bole karang entry kot? sana ada wifi di mana-mana eh mut? Haha, apa-apa pun semoga ko sentiasa kuat dan kalau petik buah, petik lebih-lebih bawak balik bagi kat aku, nanti aku tggu kat airport. Tapi ini contest bukan pasal dia, dia tak bagi pilih dia, dia suh teka org lain, aku dah teka dah,smpai 2 jawapan aku bagi, punyalah penamak nak baju auk-land tu, lupa nak bgtau, hadiah dia baju dari nz..smpai skarang aku dok kompius nz ngan auckland tu bukan satu negara ke?
Syarat nak join contest kena buat entry pasal kita join contest tu, dengan itu aku telah dipaksa untuk membuat entry kalau nak join contest tu..hahah..pastu ada slogan pulakk..kalah peraduan milo la ko mut. slogan dia berbunyi gini. "blog esoksemalam tak cukup hebat macam blog TERHEBAT tu kerana blog tu ada gambar tengkorak pegang stering dan kalau belum solat tak bole baca blog dia.."
Dah la, aku tak sehat ni, dah 4ari demam, kelmarin xlarat angkat tangan, semalam muntah,arini charade berair,ni pun kejap-kejap kejang, dah macam orang kena sawan plak aku ha..Aku ingat aku nak mati dah, tapi lepas masuk bilik air dia jadi lega plak. haha..
Tata..jangan mara haaa..
p/s: mut, baju aku kalau saiz mat saleh, xl pun bole, hahahaha...tp aku teringin nak pegi sana lebih dari baju tu, ko balik bila?
3 ulasan:
Hehe. Bro, Auckland tu nama salah satu negeri yang berada di NZ. Macam Malaysia ada Selangor, Perak dll.
Semoga berjaya memenangi t-shirt tu. haha.
woi!!
aku bace entry ni gelak2 je..cisss kauuuu.......haha..
em part last tu x leh blah sbb sbb dan sbb kau cirit birit..haha
kalau main poker tu jumpe2 aku nnt tego2 lahh..hakhak..
ok lah tahniah dah berjaya penuhi syarat..=)
ustazah seimura: ooooooo....saya pikirkan bukannn..hahah...terima kasih pasal rajin sgt..haha.
Lumut: wahahah...ko gelak mut..aku macam nak mati kejang sorang2 ko tau tak..1st time aku rasa seksa demam ni selepas seksa kaki patah masuk besi mc setahun tu...huhu..ko main poker gak? byk cip? sedekah sikit..hahah..
tp skang aku dah tak bole main dah..laptop dah kejung, pastu poker pun dah tak bole masuk..sampai turn nak main je dan2 tu hang..byk kali, mungkin aku dilindungi kot..wahahah
Catat Ulasan