Salam,
Atas saranan Sheikh Pokok Cili yang selalu membahan henpon kuno aku yang boleh buat panggilan,terima panggilan,hantar dan terima sms&mms, dan mengambil gambar sahaja, maka aku telah terjebak menyambar sebuah menda yang aku rasa kurang perlu bagi seorang penjaga pekan port dickson macam Lukut. Haha.
Temujanji bersama jemaah doktor di HKL hari ini yang mana bersamaan dengan hari gaji formal telah memberi kesan yang besar, HKL sangat hampir dengan LowYatt, dan kebetulan yang sangat betul pula, rakan serumah aku yang baru pulang dari Kuala Terengganu berada di Plaza Imbi dan sedang menunggu aku untuk pulang bersama ke ENSTEK, urghh. Memang tak sah kalau tak menyinggah ke Low Yatt kalau dah terjebak ke kawasan-kawasan sana, paling kurang pun, dapat bawak balik senarai harga barang-barang komputer dan gadget-gadget hangat untuk di buat sepah kat rumah pun jadilah. Tapi selalunya itu hanya terjadi bila pergi dengan not-not kertas di poket tidak berapa nak ada.
Tapi hari ini lain, tidak seperti hari-hari yang kebiasaan, di tambah pula semalam harimau baru mengaum, dan ditambah pula oleh ngiangan kata-kata Sheikh yang sememangnya up-to-date tentang teknologi-teknologi hujung jari ni, makanya aku telah meluru laju ke mesin ATM dan mengeluarkan sejumlah not ungu. Sebelum itu aku survey dulu harga-harga gadget yang Sheikh sarankan, ternyata dalam zon mampu..buat masa ni...esok lusa kita cerita lain kali. haha.
Malas nak citer banyak, korang tengok je gambar menda alah yang aku dah terbeli petang tadi, ni aku tengah sibuk dok godek transfer contacts sms apa semua dari henpon kuno aku tu..bapak mudah keja, tak payah salin-salin kat kertas macam dolu-dolu, 'berlutut' je semua-semua menda tu. Kepada bos tempat kerja aku, mintak maaf awal-awal, malam ni terpaksa makan gaji buta ngadap pc je, kapal-kapal kat line tu biarlah diorg jaga diri sendiri ye...uhhh terujanya..dah la tadi jumpa yuna ngan qi kat lowyatt. baru semalam tahu pasal diorg kat fuhhh..hahaha..kantoii aku layan. ops..siren dah bunyi..break time.
7 ulasan:
Hamboi hamboi..gasak mung gasak
peh, cayalah bro.
jeles oulak aku menengoknya.
bpe riban tu? huhu.
Wow!! Kahkahkah...
wah2...
amboi..laju betul korang ngomen.....lepas ni kena selalu update la kan? Haaaha..
*Ustazah seimura,seriban jek..kalau kat mansourah brp genih jek.
*sheikh,amboi,buat2 wow plak..Hamba budak baru nk belajar menjolok buah.
*bro yusof,ini semua dunia ni,semoga ada manfaat..insyaAllah.
hahaha~ maju2...teknologi di ujung jari...wakakaka~
tp yg x tahan tu..ayt....TERbeli... haha.. =)
wuiseeh..canggiiiihhh..hakhak
Catat Ulasan