Kempen Semasa

Kempen Semasa

27 November 2009

Si Tempang yang Sibuk, katenye

Salam,
Amboi mak aih, kemain sibuk betul aku minggu ni, tak padan ngan kepatahan kaki, tunggu nak patah tangan plak kot baru reti nak duduk diam-diam kat rumah tengok tv . Dari sehari ke sehari aku nak mengemaskinikan blog yg sudah hampir dihurung anai-anai ini, tapi ada sahaje yang dengki. Mata ngantuk lah, kaki sakit lah, tv citer best lah, dan natijahnya inilah dia, wajah kehampaan dari peminat-peminat maya aku setiap kali kembali ke blog aku. Alaa, bagi la aku can untuk berperasaan. Kalau nak tahu kenapa aku sibuk, boleh la klik sini.
 Pada hari Jumaat lepas, hah kau tengok, hampir seminggu lepas punya cerita aku nak ceritakan kat sini, takpe, sabar itu manis buahnya, macamana bentuk buah dia jangan tanya aku, aku pun tak pernah tengok. Begini, Kancil ialah salah seorang rakan aku, walaupun mempunyai nama seiras binatang, tetapi perangai dia tidak berapa kebinatangan sangat, masih lagi terkawal. Bukan pasal habitat dia kita nak cerita, tapi pasal dia telah cuba untuk menggoda aku untuk turut serta di bawah rangkaian perniagaan pelbagai tingkatnya yang berasal dari Amerika, dahlah USA, terang-terang bukan Islam kot, sanggup dia membawa orang garis atasnya bertemu aku, dari Melaka ke Nilai, dari Nilai ke Port Dickson, aku dalam kesakitan cubalah untuk tidak mengecewakan sesiapa, digagahi juga diri ini mengikuti perbincangan yang aku buat-buat teruja, sampaikan aku berlakon mengisi borang penyertaan yang mana yuran penyertaannya berjumlah RM3k, Rm3 hengget aku tak heran. Lakonan aku berjaya, apa mereka gila ke? orang sakit seperti aku hendak mengcekau dimana jumlah sebanyak itu, sedangkan pada masa kejadian aku hanya bertemankan Rm20.30 belen 'destinasi xde bajet' di Melaka bulan lepas, macam tipu kan? memang tipu, tapi jumlah duit itu betul.

  Jam 3 pagi aku pulang ke rumah, keesokan harinya aku telah ditempah oleh salah seorang lagi rakan aku, juga dari tempat kerja yang sama, tapi berlainan bahagian. Aku memang tahu niatnya, jadi aku tidak kesah sangat, tidak seperti kancil, menjual tajuk ingin bertanya khabar tentang keadaan aku padahal nak pancing aku. Cis!. Kehadiran si Sendol  adalah untuk menutup seorang pelanggan dan menerangkan kepada aku perniagaan yang sedang dilakukan, cadangnya, tapi setibanya di tempat yang telah dijanjikan, masing-masing terkejut, bakal orang garis bawah dia itu memang sangat aku kenali, hoho, dan beliau pula mengenali si Sendol sebagai seorang jiran waktu kecilnya dahulu. Tapi si Sendol bongok, dia tidak ingat apa-apa, kekeliruan aku di situ, bakal org garis bawah si Sendol itu ingat secara terperinci semua pasal Sendol, dari kedudukan  rumah sehinggakan waktu bermain di taman permainan taman perumahan. Mungkin beliau menyimpan perasaan kepada Sendol semasa kecil dahulu barangkali, maklumlah, masih berperangai monyet semasa itu, tapi sekarang beliau sudah panas, siap bawa teman lelaki lagi. Auww

  Cerita punya cerita, Sendol telah dikalahkan dengan tujahan soalan yang bertalu-talu, sehinggakan Sendol terjelepuk terjelir menghisap rokok tanpa henti akibat dari pendarahan dalam telinga dek tujahan soalan puaka bekas jirannya itu, anda bayangkan, apakah perasaan anda apabila anda cuba menerangkan sesuatu perkara kepada orang lain, tanpa diduga orang lain itu lebih handal membuat penerangan dari anda,bagaikan si polan itu dilahirkan bersama-sama dengan perkara itu, sehinggakan setiap persoalan yang diajukan tidak menghasilkan sebarang jawapan, bayangkan, si Sendol menalipon org garis atasnya ketika itu juga, hoho, tau kau sekarang ilmu kau itu hanya picisan. Aku cuba untuk membantu, tapi bantuan pakar dari aku membuatkan si Sendol lebih kerap memberi makan kepada jin. Jin makanannya asap, asap terhasil dari rokok yang dibakar, Sendol = Pemberi makan Jin.

  Sudahnya, kisah perbincangan kami sebentar tadi telah berubah kepada perbualan tentang kenderaan beroda 2, memandangkan teman lelaki bekas jiran si Sendol itu peminat sukan permotoran, begitu juga si Sendol yang mana pemilik sebuah motosikal berkuasa kuda liar, makanya perkara berbangkit sejak dari ketika itu sehingga ke jam 12 malam adalah pasal motor, tayar, litar dan kemalangan. Aku cuma muncul semasa di kategori kemalangan, cis, dasar pelumba (racer). Oleh kerana aku mengenali bekas jiran si Sendol itu, aku pun mula berbual dan saling bertukar pengalaman bidang perniagaan pelbagai tingkat ini, dan dari cerita itu jelaslah, beliau sebenarnya sudah boleh digelar ketua, padanlah si Sendol selamba dititik, maklumlah, ini adalah pertama kali si Sendol menyertai perniagaan pelbagai tingkat ini. Sebelum ini, wah begitu mencarutnya dia bila aku memperkenalkan mana-mana jenis perniagaan pelbagai tingkat ini. Tapi sekarang, dia sanggup untuk kemana sahaja bertemu bakal org garis bawah. Teruskan usahamu itu Sendol, aku tak jadi nak turut serta kau tau. hahah

Nanti lepas Raya aku sambung lagi utk 4 malam seterusnya, ok? kan sabar itu buahnya manis..hahaha
Selamat Hari Raya Aidiladha ye teman-teman seIslamku semua.

5 ulasan:

Unknown berkata...

haaa...sila sambung lagi ini cerita ;)

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hahaha..baikk cik epal..dengan kadar segera..terpaksa ditunda pasal nak kena tido awal..ada open house lak raya2 aji gini..huhuh..kat shah alam plak tu..sbg ahli jawatankuasa cucu2 angkat soleh negara maka kami perlulah memenuhi permintaan masyarakat..haha

singkong panggang berkata...

wow!

panjang je ko reply komen cik epal eh.

hahahahah..;DD

~::Iffat @ Wonderfatts::~ berkata...

hmm..pasal ko dah selalu aku reply mint, cik epal ni aku pukalkan terus..dia nak menyinggah blog aku pun tak tau dalam berapa kebarangkalian ntah, 1 : 100 kot, kira ada terasa bangang gak la ni,eh bangga gak la cik epal dtg nyinggah..hahahaah

Unknown berkata...

menyibuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails